Wednesday, 14 October 2015

Pengajian Malaysia itu mudah BAB 1

Sejarah Awal Negara

Sebelum lahirnya negara Malaysia yang berdaulat dan merdeka.Telah muncul dan berkembang kerajaan atau kesultanan negeri-negeri melayu .kewujudan kerajaan-kerajaan ini telah membuktikan bahawa tamadun Melayu telah wujud sejak beratus-ratus tahun terdahulu yang menjadi asas kewujudan negara malaysia  pada hari ini.hari ini saya akan menerangkan menghuraikan kepada pembaca mengenai sejarah awal perkembangan negara Melaysia.


Kerajaan Melayu Melaka Asas Perkembangan Ketamadunan Melayu

  • Kajian sejarah terdahulu menyatakan bahawa kerajaan Melayu melaka wujud pada abad yang ke -15 masihi
  • Pengasasnya Putera Parameswara seorang putera raja keppada pemerintah kerajaan srivijaya 
  • Pada tahun 1391 kerajaan srivijaya mengalami kejatuhan di sebabkan serangan oleh kerajaan majapahit pada ketika itu.Parameswara dan pengikutnya melarikan diri ke temasik (Singapura)
  • pada ketika itu Temasik sudah mempunyai sistem pemerintahanya yang tersendiri dan berada di bawah naungan  kerajaan siam.
  • Parameswara telah membunuh pemerintah temasik iatu temagi dan mengambil alih pemerintahan di temasik
  • Kerajaan siam mengambil tindakan dengan menyerang temasik. Parameswara dan pengikutnya melarikan diri ke-Muar-Sening Ujung-Bertam-MELAKA.
  • setibanya baginda sampai ke melaka.parameswara telah menamakan kawasan itu dengan nama melaka sempena nama sebatang pohon yang menjadi kawasan berteduh dan istirehat baginda
  • pendapat kedua menyatakan bahawa nama melaka diambil dari perkataan arab iatu malakat yang membawa maksud tempat perlindungan










Perkembangan Politik Melaka Dan Pemerintahan Kerajaan Melaka

Melalui pemahaman terhadap bentuk pemerintahan awal di melaka kita menggambarkan bahawa sistem pemerintahan pada masa ini yang masih diamalkan dalam sistem pemerintahan beraja di negara kita.Beriku adalah nama pemerintah sultan-sultan Melaka

Parameswara/Iskandar Syah 1400-1414
Mahkota Iskandar Shah 1414-1424
Sultan Mahmud Shah 1424-1444
Sultan Abu Syahid 1444-1445
Sultan Muzaffar Syah 1445-1456
Sultan Mansur Syah 1456-1477
Sultan Alaudin Riayat Syah 1477-1488
Sulta Mahmud Syah 1488-1528
Sultan Ahmad Syah 1510-1513

Melaka mempunyai sebuah sistem pemerintahan yang tersusun sepanjang kekuasaannya.Raja berperanan sebagai pemerintah,melantik pembesar,melaksanakan undang-undang dan sebagainya.Raja di bantu sebuah organisasi yang tersusun heirarki dan mempunyai peranan masing-masing.Rajah dibawah menunjukkan sistem pembesar empat lipatan yang menjadi tulang belakang sistem 
pemerintahan dan politik di melaka 



Sistem pentadbiran kerajaan Melaka amat berkait rapat denga peranan yang di mainkan oleempat orang pembesar utama iatu bendahara, Penghulu Bendahari,Temenggung, Laksamana. peranan keempat empat pembesar utama tersebut boleh difahami dengan merujuk kepada penerangan di bawah


Bendahara

  • Merupakan menteri utama yang bertindak sebagai penasihat kanan raja
  • Menjadi pemangku raja ketika ketiadaan raja 
  • Boleh bertintak sebagai ketua hakim
  • Berperanan sebagai pemilih dan Pelantikan Raja

Penghulu Bendahari

  • Berperanan Mengawal pembendaharaan negara
  • Berperanan memungut cukai dan hasil negara
  • sebagai ketua Syahbandar
Temenggung

  • Berperanan sebagai pelaksana undang-undang dan peraturan
  • Digelar sebagai ketua polis negara
  • Dalam soal istiadat beliau bertindak sebagai ketua protokol

Laksamana

  • Berperanan Sebagai pahlawan dalamPeperangan
  • Bertanggungjawab sebagai pemikulpedang kerajaan dalam upacara rasmi kerjaan
  • menjadi diplomat dan membawa utusan kerajaan

Melaka Sebagai Sebuah Kerajaan Agung

 Kerajaan agung Melaka menjadi terkenal di seluruh dunia sebagai sebuah empayar yang luasdan kukuh dari segi pemerintahan ketenteraan, kawalan jajahan dan undang undang . empayar Melaka di katakan meliputi hampir keseluruhan semenanjung tanah melayu sebahagian timur sumatera dan kepulauan Melayu.




Faktor-faktor kegemilangan Melaka 

  • Mempunyai pemimpin yang berwibawa
  • kedudukan Melaka yang sangat strategik
  • Faktor Ekonomi yang sangat baik
  • Sistem politik dan pentadbiran yang sistemetik

ZAMAN PENJAJAHAN 







PORTUGIS

Penaklukan Melaka oleh Portugis pada 1511 telah memulakan suatu era baru campur tangan kuasa Barat di rantau Asia Tenggara khususnya di Tanah Melayu. Menyedari bahawa rantau Asia Tenggara memiliki kekayaan, khususnya pusat pengeluaran rempah yang pada masa itu menjadi barang dagangan paling berharga, ini telah menyebabkan kuasa Barat berlumba-lumba menjelajah ke Asia Tenggara dengan tujuan untuk mendapatkan dan memonopoli perdagangan rempah, meluaskan pasaran serta pengaruh politik mereka
  • Penaklukan Melaka oleh Portugis berdasarkan kepentingan ekonomi kerana Portugis berhasrat menggunakan pelabuhan Melaka sebagai pengkalan untuk mengawal kuasa perdagangan mereka di Pulau Hindia Timur.
  • menghancurkan agama Islam dan mengembangkan agama Kristian s
  •  memecahkan monopoli perdagangan yang selama ini dikuasai oleh orang Islam

PUNCA KEJATUHAN MELAKA DITANGAN  PORTUGIS

berlakunya pengkhianatan dalam negeri 
  • Ketiadaan pengganti Bendahara yang berkaliber seperti Tun Perak
  •  kekuatan angkatan tentera Portugis, khususnya pemilikan senjata moden dan strategi peperangan yang lebih teratur 






BELANDA

Tekanan yang dihadapi oleh Belanda di Eropah di abad ke- 16 telah menguatkan lagi azam Belanda untuk menjadi bangsa yang merdeka, berkuasa, kuat dan berdaulat.Penindasan Sepanyol ke atas Belanda, penutupan pelabuhan Lisbon terhadap kapal Belanda dan penerbitan buku Itinerario oleh Van Linschoten yang membongkar rahsia jalan laut dan tempat yang kaya dengan hasil rempah telah mendorong orang Belanda mengembangkan pengaruh ke rantau Asia Tenggara

  • Dalam usaha menyatukan kekuasaan Belanda di Timur, seluruh kapal perniagaan Belanda yang berdagang di Timur telah digabungkan dan dikenali sebagai Syarikat Hindia Timur Belanda.
  • pada 1606, Belanda telah mengikat perjanjian dengan Negeri Johor untuk membuat pakatan bagi melancarkan serangan bersama ke atas Portugis di Melaka.
  • Belanda telah berjaya menawan dan menubuhkan pusat pentadbiran di Betawi. 
  • Pada 1640 sehingga Januari 1641, Melaka telah dikepung oleh Belanda dengan bantuan Johor. 
  • akhirnya pada 16 Januari 1641, pihak Portugis telah menyerah kalah tanpa syarat dan Melaka jatuh ke tangan Belanda.








BRITISH

Pada 1600 pedagang Inggeris telah menubuhkan Syarikat Hindia Timur Inggeris selaras dengan hasrat untuk memperkembangkan perdagangan mereka di Timur. Pada permulaan kegiatannya, Inggeris lebih cenderung memusatkan perhatian dan kegiatan mereka di India. Kehilangan kekuasaan ke atas Amerika akibat Peperangan Kemerdekaan 1783 telah mendorong Inggeris untuk memperluaskan tanah jajahan mereka di kawasan Timur. W alaupun Syarikat Hindia Timur Inggeris telah berjaya menubuhkan loji mereka di Madras dan Benggala pada pertengahan abad ke-18 tetapi mereka sentiasa terdedah kepada serangan musuh, khususnya Perancis yang sedang mencari tapak untuk meluaskan penaklukannya di Timur. Menyedari hakikat ini, Inggeris telah berusaha untuk membangunkan sebuah pelabuhan di Timur Teluk Benggala. Ini akan membolehkan perdagangan dengan negara China dapat diteruskan. Inggeris juga cuba mengelak untuk menggunakan pelabuhan Melaka yang terletak di bawah kekuasaan Belanda
  • Pada 1771, Francis Light telah mendapat tawaran daripada Sultan Kedah (Sultan Abdullah) yang membenarkan pihak Inggeris mendirikan pusat perniagaan 
  • Dengan syarat British memberi perlindungan kepada Kedah dalam menghadapi ancaman Siam dan Bugis.
  • Pulau Pinang telah dibuka dengan rasminya pada 11 Ogos 1786. Pulau Pinang telah dijadikan pelabuhan bebas 
  • Namum pulau pinang gagal membangun dan menyebabakan masalah kewangan kepada pihak british.

KERAJAAN-KERAJAAN MELLAYU BARU

Pada kurun ke 18, terdapat kemunculan beberapa buah kerajaan Melayu baru di Malaysia. Negeri-negeri tersebut ialah Negeri Sembilan, Selangor, Kelantan dan Terengganu. Keluarga yang mengasaskan kerajaan ini pula adalah keluarga baru dan mereka bukan berasal dari negeri-negeri tersebut. Terengganu berasal dari Johor, Selangor dari Bugis, Negeri Sembilan dari Pagar Ruyung dan Kelantan dari Patani. Di sini memperlihatkan bahawa sebelum penubuhan kerajaan baru ini sudah pun ada  pemerintah di negeri-negeri berkenaan. Kewujudan keadaan yang demikian rupa menambahkan menariknya soal ini diberi perhatian kerana ia sekurang-kurangnya dapat menjelaskan tentang bagaimana keluarga tersebut mengasaskan kerajaan, mengambil alih teraju pemerintahan sebelumnya, mendapat pengiktirafan dan pengesahan sebagai  pemerintah yang sah di atas takhta kerajaan.


SELANGOR

a) Asal-usul nama
Sempena nama Sungai Selangor
b)    Pada awalnya, pemerintahan berasaskan kampong-kampung kecil yang berajakan kerajaan Melayu Melaka
c)    Ketika zaman Kesultanan Melayu Melaka daerah wujud di Selangor seperti Jeram, Klang, Langat dan Selangor (Kuala Selangor)
d) Derah-daerah ini terletak di bawah jajahan kerajaan Melaka
e)  Ketika zama pemerintahan Sultan Muzaffar Shah Melaka, Tun Perak dilantik sebagai penghulu Klang
f)  Pada kurun ke-17, orang Bugis mendiami kawasan di Klang dan Kuala Selangor
g)    Klang pada masa itudi bawah kuasa Orang Besar  Klang yang bergelar To` Engku Klang (berasal daripada keturunan sultan Johor yanh berketurunan Bendahara)
h)   Orang Besar Klang menghadiahkan cap mohor kepada Yamtuan Selangor untuk mentadbir kawasan Sungai Selangor
i)     Pada kurun ke-18, kedudukan Bugis kukuh apabila Raja Lumu ditabalkan oleh Sultan Mahmud (sultan Perak) menjadi sultan Selangor bergelar Sultan Salehuddin Shah
j)     Semasa pemewrintahan Sultan Ibrahim Shah (pengganti Sultan Salehuddin Shah), Selangor menjadi pengeluar biji timah
k)    Belanda ingin menakluki Selangor
l)     Belanda menyerang Sultan Ibrahim Shah di Kuala Selangor
m)  Sultan Ibrahim Shah berundur ke Hulu Langat, Bernam dan Pahang
n)   Dengan bantuan Pahang, Sultan Ibrahim mendapatkan semula Kuala Selangor
o)    Belanda mengepung Kuala Selangor
p)    Sultan Ibrahim meminta bantuan Perak
q)    Perak menandatangani perjanjian kerjasama antara Selangor dan Perak


TERENGGANU

·          

a)    Asal-usul nama Terengganu
 I. Menurut Sultan Umar, nama Terengganu berasal dari perkataan taring anu, anu merujuk kepada sebutan sebagai harimau
 II. Menurut catatan Cina, Wang Ta Yuan nama Terengganu disebut sebagai Tong Ya Nong dan Teng Ya Nung
b) Kerajaan Terengganu muncul apabila Tun Zainal Abidin Paduka Maharaja daripada keluarga Bendahara Pahang dilantik menjadi raja Terengganu
c) Baginda bergelar Sultan Zainal Abidin 1
d) Baginda dilantik oleh Sultan Sulaiman (Sultan Johor) kerana hubungan persaudaraan dengan sultan Johor
e)  Zaman kegemilangan Terengganu –semasa pemerintahan Sultan Mansur Shah 1 (Sultan Terengganu ke-2)
f) Terengganu menjadi pelabuhan pedalaman terpenting di kepulauan Melayu
g) Sultan Mansur Shah 1 melibatkan diri dalam perdagangan
h) Baginda tirut melantik wakil-wakilnya menjaga urusan perdagangan
i)  Barang dagangan ialah lada hitam, emas dan bijih timah
j)  Terengganu menjalin hubungan dengan Siam
k) Hubuungan berterusan apabila Siam meminta bantuan Terengganu menyerang Raja Ligor
l)   Ia dipersetujui oleh Sultan Mansor Shah 1
m) Sultan Mansor Shah 1 menghantar bunga emas kepada Siam sebagai tanda persahabatan
n) Siam menganggap Terengganu mengakui ketuanan Siam
o) Sultan Omar merupakan raja yang berpegang kuat pada ajaran agama islam
p) Terengganu merupakan negeri terawal menerima agama islam




NEGERI SEMBILAN

Asal-usul nama
 Negeri Sembilan terdiri daripada 9 buah daerah atau luak
b)    Daerah tersebut ialah
I.Sungai Ujong
IIRembau
III. Jelebu
IV. Johol
V.Ulu Muar
VI. Inas
VII. Gunung Pasir
VIII. Terachi
IX. Jempul
c)    Kemajuan Melaka menarik minat orang Minangkabau, ke Tanah Melayu
d)    Mereka menetap di Naning ,Sungai Ujong dan rembau
e)    Mereka menunjukkan taat setia mereka kepada sultan Melaka kerana sultan Melaka berasal dari Melayu-Jambi
f)     Sebelum kedatangan orang Minangkabau, telah wujud 4 daerah kepunyaan penduduk asli iaitu
       i. Sungai Ujong
       ii. Klang
       iii. Jelebu
       iv. Johol
g)    Keempat-empat daerah adalah dibawah penguasaan kerajaan Melaka
h)   Selepas kejatuhan Melaka, Bugis mendirikan kesultanan Bugis di Selangor
i)     Peristiwa ini menyebabkan suasana tidak aman berlaku di Negeri Sembilan
j)     Keadaan mendorong penghulu-penghulu di Negeri Sembilan  memohon kepada sultan Johor seorang putera raja untuk mentadbir negeri mereka
k) Johor memberi kuasa kepada penghulu-penghulu  tersebut mendapatkan anak raja dari Pagar Ruyong iaitu Raja Melewar
l) Raja Melewar ke Siak dan Johor untuk meminta izin memerintah Negeri Sembilan
m Raja Melewar ditabalkan sebagai Yamtuan
n)Amalan melantik pembesar dari Pagar Ruyong berakhir selepas selepas Raja Lenggang menjadi Yamtuan Besar
o) Negeri Sembilan adalah pengeluar bijih timah, beras dan hasil hutan


PROSES KEMERDEKAAN


LAUNGAN MERDEKA SEBANYAK 7 KALI OLEH TUNKU ABDUL RAHMAN


AKBHAR-AKHBAR YANG MEMAPARKAN BERITA MENGENAI KEMERDEKAAN TANAH MELAYU

Kemerdekaan telah mengangkat maruah dan kedaulatan negara. Ia adalah sesuatu yang tidak boleh dijual beli. Rakyat Malaysia yang cintakan negara wajar memelihara nama baik negara di mana sahaja mereka berada. Dari sudut keselamatan, maruah dan kedaulatan negara bukan sahaja dipikul oleh anggota keselamatan tetapi turut dipikul bersama oleh seluruh rakyat. Kemerdekaan ini bukanlah takdir semata-mata tetapi adalah hasil usaha pejuang dan pemimpin terdahulu. Sebagai rakyat yang bertanggungjawab, marilah kita bersama-sama menjaga maruah serta kedaulatan negara. Sematkan juga di dalam diri semangat cintakan negara serta sentiasa menjaga dan menjulang nama baik Malaysia walau di mana kita berada.


KRONOLOGI MENCAPAI KEMERDEKAAN


27 Julai 1955

Pilihan raya Persekutuan pertama diadakan. (UMNO telah mengadakan kerjasama dengan MCA (yang ditubuhkan pada 27 Februari 1949) dan MIC (ditubuhkan pada Ogos 1946) membentuk Parti Perikatan untuk menghadapi pilihan raya tersebut.

1O Ogos 1955

Tunku Abdul Rahman membentuk Kabinet pertama dianggotai oleh 6 wakil Melayu, 3 wakil Cina dan 2 wakil India.


18 Januari – 6 Februari 1956

Tunku Abdul Rahman mengetuai rombongan merundingkan kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu di London.

8 Februari 1956

Perjanjian Merdeka telah dimeterai dengan menetapkan tarikh 31 Ogos 1957 sebagai tarikh kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu.


20 Februari 1956

Tunku Abdul Rahman telah membuat Pengisytiharan Kemerdekaan di Padang Pahlawan, Bandar Hilir, Melaka


21 Mac 1956

Suruhanjaya Perlembagaan Reid, sebuah suruhanjaya bebas telah dibentuk untuk mengkaji dan menggubal Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu.


28 – 29 Disember 1956

Tunku Abdul Rahman dicabar supaya menyelesaikan isu pemberontakan komunis. Lalu, Rundingan Baling diadakan pada 28-29 Disember 1956 bersama Chin Peng, Setiausaha Agung Parti Komunis Malaya (PKM).


30 Ogos 1957

Detik 12.00 tengah malam, bendera Union Jack diturunkan di hadapan Bangunan Sultan Abdul Samad dan diganti dengan bendera Persekutuan Tanah Melayu tanda negara mencapai kemerdekaan.




PROSES PEMBENTUKAN MALAYSIA




 RIAKSI NEGARA LUAR TERHADAP PEMBENTUKAN MALAYSIA


PENYINGKIRAN SINGAPURA

  • Keputusan pemisahan Singapura dari Malaysia diambil secara perseorangan oleh Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj ketika beliau diLondon pada tahun 1965
  • Lee Kuan Yew menyalahkan Tunku dalam kegagalan konsep "Malaysian Malay". Tunku dikatakan telah terpengaruh denganketuanan Melayu yang diperjuangkan oleh beberapa pelampau Melayu dari 'ultra Malay' dan 'Young Turk'.
  • UMNO mahu Perlembagaan Singapura diubah bagi menjamin masa depan orang Melayu. Sedangkan Lee Kuan Yew sebagai pemimpin Singapura yang ada autoriti dalam pentadbiran negeri Singapura enggan berbuat demikian. 
  • Sebaliknya Lee Kuan Yew berjanji akan memperbaiki kehidupan orang Melayu melalui peluang pekerjaan, pendidikan dan skim perumahan.
  • Dalam projek perumahan, perkampungan Melayu di Singapura telah dihapuskan. Akibatnya, beberapa pergaduhan berlaku. Julai 1964, kira-kira 114 persatuan orang Melayu bertemu dengan Othman Wok iaitu Menteri Hal Ehwal Sosial Singapura bagi membincangkan kepincangan orang Melayu Singapura.
  • Tatkala itu, 12,000 orang Melayu mengadakan perarakan di jalan raya Singapura. Akhirnya tercetus rusuhan kaum antara Melayu dengan Cina di Singapura . Lebih 22 orang terbunuh, 200 cedera dan 1130 ditangkap
  • Kejadian ini meyakinkan Tunku bahawa dengan mengekalkan Singapura dalam Malaysia bakal mengundang rusuhan perkauman yang lebih dashyat lagi.

Badan Pentadbiran dan Kehakiman Negara

MALAYSIA merupakan sebuah negara yang mengamalkan sistemDemokrasi Berparlimen dan Raja Berperlembagaan yang mana Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong berperanan sebagai Ketua Negara.Sebagai pelengkap kepada pembentukan negara, Perlembagaan Persekutuan telah digubal dan menjadi punca kuasa serta sumber perundangan utama negara





PERLEMBAGAAN Persekutuan menjelaskan struktur pembahagian kuasa dalam sistem pentadbiran negara yang meliputi
  • Badan Perundangan(Legislative)      
  •  Badan Eksekutif (Executive )   
  •  Badan Eksekutif (Executive  )

   







PENTADBIRAN
Suatu proses pelaksanaan dasar-dasar yang telah dimaktubkan untuk tujuan mencapai objektif organisasi (Kerajaan).

NEGARA
Sesuatu masyarakat politik yang mempunyai sempadan yang tertentu, mempunyai penduduk, mempunyai Kerajaan yang teratur, dan mempunyai kedaulatan keupayaan untuk mengawal hal ehwal dalam negeri serta kebebasan mengadakan hubungan dengan negara-negara lain.

DEMOKRASI
Sistem pemerintahan/politik dimana rakyat mempunyai suara mutlak dalam menentukan Kerajaan melalui pilihanraya.

PERLEMBAGAAN
Sebuah dokumen atau dokumen-dokumen yang mengandungi undang-undang tertinggi bagi mewujudkan satu sistem Kerajaan yang teratur.

PARLIMEN
Badan Perundangan Persekutuan yang terdiri  daripada Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong, Dewan Negara dan Dewan Rakyat.

Demokrasi

•      Sistem Demokrasi Berparlimen bermaksud rakyat dapat melibatkan diri dalam sistem pentadbiran negara.
•    Rakyat berpeluang membentuk Kerajaan melalui pilihanraya danbebas memilih perwakilan bagi mengurus negara.
•      Pengamalan Sistem Demokrasi Berparlimen bertujuan untuk memperlihatkan landasan pemerintahan bagi sesebuah negara adalah berteraskan kepada kebebasan/demokrasi.
•      Parlimen ialah institusi terunggul dalam sesebuah negara yang mengamalkan prinsip-prinsip demokrasi.
•      Salah satu syarat dalam Sistem Demokrasi Berparlimen adalah pembahagian kuasa kepada tiga badan di dalam sistem pemerintahan, iaitu PerundanganEksekutif dan Kehakiman.
•      Malaysia mengamalkan sistem demokrasi berparlimen.


 RAJA BERPERLEMBAGAAN

Raja Berperlembagaan bermaksud Raja yang memerintah mengikut kuasa yang diberikan kepada baginda (SPB Yang Di-Pertuan Agong) oleh Perlembagaan. Baginda harus bertindak atas nasihat Kabinet atau nasihatseorang Menteri yang bertindak dibawah kuasa am Kabinet (biasanya Perdana Menteri).

Sebagai Ketua Negara Malaysia, Yang DiPertuan Agong berada di kemuncak ketiga-tiga bidang kuasa eksekutif, perundangan dan kehakiman.
Yang DiPertuan Agong mempunyai keutamaan yang melebihi semua orang di Malaysia dan tidak boleh didakwa dalam perbicaraan mana-mana Mahkamah. Baginda merupakan lambang kedaulatan dan perpaduan negara.

Pemilihan 
Yang DiPertuan Agong dipilih dari kalangan sembilan orang Raja Melayu oleh Majlis Raja-Raja mengikut aturan yang terkandung dalam jadual ketiga, Perlembagaan Malaysia.
Setiap Raja boleh dipilih menjadi Yang Di-Pertuan Agong, kecuali baginda belum cukup umur, atau sengaja tidak mahu dipilih, atau difikirkan tidak layak oleh Majlis Raja-Raja dengan undi sulit atas sebab lain.

Raja yang pertama dalam senarai pemilihan dan mendapat sokongan daripada sekurang-kurangnya empat orang Raja akan ditawarkan jawatan ini selama lima tahun melainkan baginda meletakkan jawatan sebelum tempoh berkenaan atau dilucutkan jawatan oleh Majlis Raja-Raja.
Isteri Yang Di-Pertuan Agong digelar Raja Permaisuri Agong dan mempunyai keutamaan selepas Yang Di-Pertuan Agong.

Kuasa Eksekutif 

Kuasa eksekutif adalah terletak pada Yang Di-Pertuan Agong. Walau bagaimanapun, baginda harus bertindak atas nasihat Kabinet atau Perdana Menteri.

Yang Di-Pertuan Agong berhak mendapat apa-apa maklumat mengenai Kerajaan Persekutuan yang boleh diperolehi oleh Kabinet.
Semasa Majlis Raja-Raja membincangkan perkara-perkara mengenai dasar negara, baginda diiringi oleh Perdana Menteri.

Hubungan Dengan Parlimen 

Yang Di-Pertuan Agong merupakan satu daripada tiga komponen Parlimen ( disamping Dewan Rakyat dan Dewan Negara).

Baginda boleh memanggil, menangguh dan membubarkan Parlimen.
Yang Di-Pertuan Agong boleh juga memberi ucapan dalam mana-mana Majlis Parlimen.
Rang undang-undang yang diluluskan oleh Dewan Rakyat dan Dewan Negara perlu mendapat persetujuan (kecuali sebagaimana diperuntukkan dalam Perkara 66) Yang Di-Pertuan Agong sebelum dijadikan undang-undang.

Hubungan Dengan Kehakiman 

Ketua Hakim Negara Mahkamah Agung, Hakim-hakim Besar Mahkamah Tinggi dan Hakim-hakim lain Mahkamah Persekutuan dan Mahkamah Tinggi dilantik oleh Yang Di-Pertuan Agong, yang bertindak mengikut nasihat Perdana Menteri, selepas berunding dengan Majlis Raja-Raja.
Yang Di-Pertuan Agong mempunyai kuasa mengampun segala kesalahan yang dibicarakan dalam Mahkamah Tentera, segala kesalahan yang dilakukan dalam Wilayah Persekutuan (Kuala Lumpur dan Labuan) dan segala hukuman yang dijatuhkan dalam Mahkamah Syariah di Melaka, Pulau Pinang, Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan.

Tugas-tugas Lain

Yang Di-Pertuan Agong merupakan Pemerintah Tertinggi Angkatan Bersenjata dan Ketua Agama Islam bagi negeri-negeri Melaka, Pulau Pinang, Wilayah Persekutuan, Sabah, Sarawak dan negeri baginda sendiri.
Yang Di-Pertuan Agong bertanggungjawab memelihara kedudukan istimewa orang Melayu dan kaum bumiputera Sabah dan Sarawak.

Kuasa Budi Bicara 

Mengikut Perlembagaan Persekutuan, Yang Di-Pertuan Agong boleh bertindak mengikut budi bicaranya sendiri dalam tiga perkara, iaitu:
Pelantikan Perdana Menteri;
Memperkenan atau menolak permintaan pembubaran Parlimen;
Meminta supaya diadakan suatu mesyuarat Majlis Raja-Raja mengenai keistimewaan, kedudukan, kemuliaan dan kebesaran Raja-raja.

Larangan 

Terdapat beberapa perkara yang tidak boleh dibuat oleh Yang Di-Pertuan Agong. Di antara perkara-perkara tersebut ialah:
            (i)        Tidak boleh dengan giatnya melibatkan
                        diri dalam perniagaan;
            (ii)       Tidak boleh memegang jawatan bergaji;
            (iii)      Tidak boleh meninggalkan Malaysia selama
                        tempoh yang melebihi lima belas hari
                        kecuali dengan persetujuan Majlis Raja-
                        Raja atau kerana membuat lawatan rasmi
                        ke sebuah negara lain;
iv)       Tidak boleh menerima apa-apa jua jenis
                        emolumen dari negeri yang baginda 
                        menjadi Raja; dan
            (v)       Tidak boleh menjalankan tugas-tugas
                        sebagai Raja negerinya kecuali tugas-tugas
                        sebagai Ketua Agama Islam, pindaan per-
                        lembagaan dan pelantikan Pemangku Raja
                        atau ahli Jemaah Pemangku Raja.



KONSEP PENGASINGAN KUASA ( DOCTRINE OF POWER)

Pengasingan Kuasa (Doctrine of Power) merupakan konsep asas dalam Kerajaan-kerajaan moden terutama bagi negara-negara demokratik.
Doktrin Pengasingan kuasa dimajukan oleh Montesquieu, seorang ahli falsafah terkemuka Perancis.
Idea terpenting mengenai pengasingan kuasa ialah orang atau badan yang sama tidak harus bertanggungjawab bagi membuat undang-undang, menguatkuasakannya dan menghukum orang-orang yang melanggarnya. Dalam erti kata yang ekstrim, doktrin tersebut melibatkan pembahagian kuasa pemerintahan yang jelas antara badan-badan perundangan, eksekutif dan kehakiman tanpa sebarang pertindihan. Sebagai contoh, pihak eksekutif tidak harus mempunyai kuasa dalam hal-hal perundangan atau kehakiman.
Matlamat doktrin pengasingan kuasa ialah untuk mengelakkan pemusatan kuasa di dalam tangan mana-mana pihak. Dari segi amalan, tidak ada negara yang mematuhi doktrin tersebut dengan sepenuhnya, walaupun Amerika Syarikat hampir-hampir berbuat demikian. Di Malaysia, doktrin pengasingan kuasa telah diubahsuai mengikut keperluan kita.


BADAN PERUNDANGAN (LEGISLATIVE)

PARLIMEN

Parlimen Malaysia adalah badan perundangan dalam sistem Kerajaan Malaysia. Dari segi struktur pentadbirannya, Parlimen Malaysia mengandungi tiga institusi utama, iaitu Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong, Dewan Negara dan Dewan Rakyat.
Parlimen Malaysia berfungsi sebagai platform bagi Kerajaan Persekutuan menggubal undang-undang.

Dari segi prosedur, undang-undang yang dibentang dan diluluskan oleh Dewan Rakyat dan Dewan Negara akan diangkat untuk mendapat perkenan Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong, sebelum diwartakan dan dikuatkuasakan di seluruh negara.
Selain penggubalan undang-undang, Parlimen Malaysia berfungsi meluluskan pindaan kepada undang-undang persekutuan,
memeriksa dasar-dasar serta meluluskan perbelanjaan Kerajaan Persekutuan dan hasil-hasil cukai yang baru.
Parlimen Malaysia juga menjadi forum untuk ahli parlimen membahaskan isu-isu berkepentingan nasional serta menyampaikan pandangan dan kritikan berhubung perkara-perkara yang berlaku dalam dan luar negara.

DEWAN  NEGARA

Dewan Negara mempunyai 70 orang ahli, iaitu 26 ahli yang dipilih oleh Dewan Undang Negeri sebagai mewakili 13 Negeri ( setiap negeri diwakili oleh 2 orang ahli). 44 ahli yang dilantik oleh Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong atas nasihat Perdana Menteri termasuk 2 ahli dari Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, 1 dari WP Labuan dan 1 dari WP Putrajaya.
Ahli-ahli Dewan Negara dilantik atau dipilih dari kalangan mereka yang menyumbang khidmat yang cemerlang atau telah mencapai kecemerlangan dalam profesion masing-masing, dalam perdagangan, industri, pertanian, aktiviti kebudayaan atau perkhidmatan sosial atau merupakan wakil kumpulan kaum minoriti ataupun kebolehan menjaga kepentingan orang-orang Asli.
Untuk layak menjadi ahli Dewan Negara, seseorang calon hendaklah:

            *          warga negara Malaysia;
            *          umur tidak kurang dari 30 tahun;
            *          waras fikiran;
            *          bukan seorang muflis; dan
            *          tidak mempunyai rekod jenayah

Peranan utama Dewan Negara ialah untuk membahaskan sesuatu Rang Undang-Undang yang diluluskan oleh Dewan Rakyat dengan lebih mendalam dan teliti.
Ini bererti Dewan Negara dapat memperbaiki Rang Undang-Undang yang telah diluluskan oleh Dewan Rakyat.

Dewan Negara juga merupakan forum bagi pegawai-pegawai awam dan ahli politik yang berpengalaman (senator-senator) untuk membincangkan perkara-perkara yang menjadi kepentingan umum.

DEWAN  RAKYAT

Dewan Rakyat mempunyai 222 ahli, iaitu 165 di Semenanjung, 31 di Sarawak dan 26 di Sabah termasuk  Labuan.
Setiap ahli mewakili satu kawasan pilihanraya (parlimen) yang dipilih oleh rakyat melalui pilihanraya.
Mereka memegang jawatan selama lima (5) tahun sekiranya parlimen tidak dibubarkan sebelum tamat tempohnya. Tugas utama Dewan Rakyat ialah untuk membuat undang-undang dengan cara membincang dan meluluskanRang Undang-Undang. Rang Undang-Undang yang diluluskan kemudian dikemukakan bagi kelulusan Dewan Negara dan seterusnya untuk diperkenan oleh Yang Di-Pertuan Agong.

Dewan Rakyat juga menyediakan suatu forum dimana dasar-dasar Kerajaan boleh dipersoalkan dan diperdebatkan oleh ahli-ahli.

BADAN EKSEKUTIF
( EXECUTIVE)

Badan Eksekutif merupakan badan pemerintah bagi Kerajaan Malaysia. Ia juga dikenali sebagai Kabinet atau Jemaah Menteri.
Badan ini dibantu oleh jentera Pentadbiran Awam (Perkhidmatan Awam) yang bertanggungjawab melaksana dan menguatkuasakan undang-undang, dasar-dasar awam dan mentadbir negara.
Kuasa Jemaah Menteri dijelaskan dibawah Perkara 39, Perlembagaan Persekutuan. Berdasarkan peruntukan tersebut, kuasa memerintah (eksekutif) bagi Persekutuan terletak pada Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong dan kuasa tersebut boleh dijalankan oleh Jemaah Menteri atau Menteri-menteri yang diberi kuasa oleh Jemaah Kabinet.

BADAN KEHAKIMAN
( JUDICIARY)

Badan Kehakiman atau Judiciary berperanan menyelesaikan sesuatu bentuk perselisihan atau pertikaian di kalangan rakyat dan di antara rakyat dengan pihak berkuasa.
Perkara 121, Perlembagaan Persekutuan menjelaskan bahawa kuasa kehakiman bagi Persekutuan terbahagi kepada dua (2) Mahkamah Tinggi, yang mana pewujudan Mahkamah ini adalah bersesuaian dengan bidang kuasa dan tarafnya.

Mahkamah Tinggi Bagi Semenanjung
Kuasa kehakiman bagi negeri-negeri di Semenanjung terletak dibawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi Malaya.

Mahkamah Tinggi Bagi Sabah dan Sarawak

Kuasa kehakiman bagi negeri-negeri di Sabah dan Sarawak pula adalah terletak dibawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi Borneo.

Sebagaimana yang ditetapkan oleh Undang-undang Persekutuan, Mahkamah Tinggi yang berkaitan dan mana-mana Mahkamah yang lebih rendah mempunyai bidang kuasa tertentu sebagaimana yang diperuntukkan dibawah undang-undang Persekutuan.
Selain Mahkamah Tinggi, terdapat juga Mahkamah Rayuan yang berperanan memutuskan rayuan terhadap keputusan-keputusan yang dibuat oleh Mahkamah Tinggi atau seseorang hakimnya.
Manakala, Mahkamah Persekutuan pula mempunyai bidang kuasa untuk memutuskan rayuan terhadap keputusan-keputusan yang dibuat di peringkat Mahkamah Rayuan, Mahkamah Tinggi atau seseorang hakim Mahkamah tersebut.

PENGENALAN DAN PERBANDINGAN STRUKTUR ORGANISASI KERAJAAN PUSAT DAN KERAJAAN NEGERI

KABINET – Organisasi Eksekutif Tertinggi 

Kabinet atau Jemaah Menteri merupakan organisasi tertinggi yang menjalankan kuasa eksekutif Kerajaan Pusat (Persekutuan) atas nama Yang Di-Petuan Agong.
Di Semenanjung Malaysia, Majlis Mesyuarat kerajaan(MMK) merupakan organisasi tertinggi yang menjalankan kuasa eksekutif Kerajaan Negeri atas nama Raja atau Yang Di-Pertua Negeri.

Di Negeri Sabah, ia digelar Kabinet dan di Sarawak pula dipanggil Majlis Tertinggi(MT) yang menjalankan kuasa eksekutif Kerajaan Negeri masing-masing atas nama Yang Di-Pertua Negeri. Kabinet/Majlis Mesyuarat Kerajaan/Majlis Tertinggi  merupakan organisasi pembentukan dasar negara yang tertinggi. Ia bertanggungjawab secara kolektif kepada Parlimen/Dewan Undangan Negeri.

Setiausaha Kabinet ialah Ketua Setiausaha Negara di peringkat Persekutuan dan Setiausaha Kerajaan Negeri di peringkat Negeri. Kementerian yang diketuai oleh Menteri merupakan agensi tertinggi Kerajaan. Ia melaksanakan portfolio yang menjadi tanggungjawab seseorang Menteri.Pegawai Pentadbir utama di sesebuah Kementerian peringkat Persekutuan ialah Ketua Setiausaha dan di peringkat Negeri ialah Setiausaha Tetap (Sabah dan Sarawak).


KEMENTERIAN

Jabatan Perdana Menteri (JPM) merupakan Kementerian utama di peringkat Persekutuan dan Jabatan Ketua Menteri (JKM) di peringkat Negeri. Ia bertanggungjawab untuk merancang, merumus dan menyelaras segala dasar negara.
Pegawai Pentadbir Utama di Jabatan Perdana Menteri ialah Ketua Setiausaha Negara, manakala di Jabatan Ketua Menteri atau Pejabat Menteri Besar ialah Setiausaha Kerajaan Negeri.

JABATAN

Jabatan merupakan agensi Kerajaan yang terletak dibawah sesebuah Kementerian. Secara amnya, jabatan-jabatan mempunyai cawangan-cawangan di peringkat negeri dan daerah.
Peranan Jabatan ialah untuk melaksanakan kebanyakan daripada perkara yang terletak dibawah sesebuah Kementerian. Pegawai Pentadbir utama bagi kebanyakan Jabatan ialah Ketua Pengarah (Persekutuan) atau Pengarah (Negeri).

SURUHANJAYA

Suruhanjaya merupakan organisasi yang dapat bergerak dengan bebas dalam menjalankan tugas-tugas tertentu secara objektif, adil dan saksama.
Terdapat dua jenis Suruhanjaya yang tetap dalam Kerajaan Persekutuan, iaitu Suruhanjaya Pilihanraya dan Suruhanjaya-suruhanjaya Perkhidmatan
Seperti Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Negeri juga mempunyai Suruhanjaya-suruhanjaya berbentuk tetap atau sementara.
Pegawai Pentadbir utama sesebuah  Suruhanjaya ialah Setiausaha.

PERBADANAN AWAM

Terdapat dua jenis Perbadanan Awam di Malaysia, iaitu Badan-badan Berkanun dan Badan-badan Tidak Berkanun (Syarikat Kepunyaan kerajaan). 

Badan-badan Berkanun merupakan organisasi yang ditubuhkan di bawah Akta Parlimen atau Enakmen Negeri. Contoh-contoh Badan Berkanun persekutuan ialah FELDA, MARA, BANK NEGARA dan sebagainya. Contoh-contoh badan Berkanun di peringkat Negeri seperti Sabah ialah Yayasan Sabah, SLDB, PPS, Majlis Daerah dan sebagainya.

Badan-badan Tidak Berkanun pula merupakan organisasi-organisasi yang ditubuhkan dibawah Akta Syarikat dimana Kerajaan mempunyai kepentingan ekuiti. Contoh-contoh Badan Tidak Berkanun ialah MAS, PETRONAS, SFI, Labuan Wood Products, dan sebagainya.

Tujuan penubuhan Perbadanan Awam ialah untuk membolehkanpenglibatan Kerajaan secara terus dan lebih berkesan dalam bidang pembangunan sosio-ekonomi negara serta kegiatan-kegiatan yang tidak diceburi oleh sektor swasta.
Perbadanan Awam ini lebih bebas dan tidak terikat kepada peraturan-peraturan Pentadbiran Awam/Kerajaan yang biasa.
Perbadanan Awam juga mempunyai autonomi yang lebih dalam hal-hal pengurusan dan kewangan.

PERINGKAT PENTADBIRAN NEGERI

Di Semenanjung terdapat tiga (3) peringkat Pentadbiran Negeri, iaitu Daerah, Mukim dan Kampung.
Di Sabah terdapat empat (4) peringkat Pentadbiran Negeri, iaitu Daerah, Daerah Kecil, Mukim dan Kampung.
Di Sarawak juga terdapat empat(4) peringkat Pentadbiran Negeri, iaitu Bahagian, Daerah, Daerah Kecil dan Kampung. Bahagian diketuai oleh Residen.
Pentadbiran Daerah diketuai oleh Pegawai Daerah, pentadbiran Mukim diketuai oleh Penghulu di Semenanjung, Penghulu atau Pemanca di Sarawak dan Ketua Anak Negeri di Sabah. Pentadbiran peringkat Kampung diketuai oleh Ketua Kampung dan dibantu oleh Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK).

KERAJAAN  TEMPATAN
(Peringkat Kerajaan Yang Berasingan)

Kerajaan Tempatan (Pihak Berkuasa Tempatan) merupakan suatu peringkat Kerajaan yang berasingan. Tujuan utama penubuhannya ialah untuk memberi peluang kepada penduduk tempatan mengambil bahagian dalam pengurusan kawasan-kawasan yang diduduki oleh mereka.
Pada masa ini, terdapat dua (2) jenis Kerajaan Tempatan, iaitu : (a) Majlis Perbandaran, dan (b) Majlis Daerah.
Majlis Perbandaran terdapat di kawasan Bandar manakala Majlis Daerah di kawasan Luar Bandar.
Pegawai Pentadbir utama sesuatu Pihak Berkuasa Tempatan ialah Setiausaha atau Pegawai Eksekutif.








No comments:

Post a Comment