Wednesday, 14 October 2015

BAB 2 PERLEMBAGAAN MALAYSIA

BAB 2: PERLEMBAGAAN NEGARA MALAYSIA

PENGENALAN


      Perlembagaan  Malaysia  dinamakan sebagai Perlembagaan Persekutuan. Perlembagaan Persekutuan asalnya digunakan  untuk  seluruh Semenanjung   Malaysia (1957) dan kemudiannya diperluaskan ke Sabah dan Sarawak selepas kedua-dua negeri itumenyertai Persekutuan Malaysia pada tahun 1963. Perlembagaan Persekutuan digubal oleh  suruhanjaya reid yang diketuai oleh Lord Reid, Sir Ivor Jenning, Sir William Mckell (Australia), B.Malik dan Hakim A.Hamid. Perlembagaan Persekutuan yang asal mengandungi 14 perkara  dengan  181 perkara  tetapi  pada tahun 1984, pindaan telah dibuat dengan menambah 1 lagi bahagian dengan 2 perkara, menjadikannya 15 bahagian dengan 183 perkara. Perlembagaan juga dikenali sebagai suatu  kumpulan  peraturan atau set  undang-undang utama  yang  menentukan  system  kerajaan , pembahagian  kuasa, peranan dan fungsi  organisasi tertinggi  Negara , hak-hak  rakyat  dan  pelbagai  perkara  yang  lain.



DEFINISI PERLEMBAGAAN

            Perlembagaan merupakan prinsip-prinsip asas yang menentukan cara sesebuah negeri itu diasaskan dan diperintah seperti yang termaktub dalam undang-undang negara,adat atau peraturan yang lazim diguna pakai.
        Pelembagaan juga bersangkut paut dengan cara keputusan-keputusan awam dicapai dan kuasa diagih-agihkan secara antara institusi kerajaan ,sama ada di pusat ataupun pada peringkat tempatan .
Perlembagaan juga akan menetapkan had- had  kewibawaan kerajaan dan cara-cara pemilihan serta pelantikan pemeritah.



TUJUAN PERLEMBAGAAN MALAYSIA


  1. Mewujudkan satu bentuk pemerintahan yang adil.
  2. Mengelakkan penyalahgunaan kuasa oleh pemerintah
  3. Mengawal pergerakan kerajaan dan rakyat
  4. Sebagai alat untuk myelesaikan masalah
  5. Menjamin riwayat negara bangsa
  6. Menjamin keamanan dan kestabilan negara
 KONSEP TERTINGGI PERLEMBAGAAN

     Perlembagaan merupakan suatu dokumen undang-undang tertinggi yang menjadi rujukan pemerintahan negara. Ia juga dikenali sebagai sumber segala perundangan atau sumber rujukan perundangan tertinggi negara. Konsep ketertinggian perlembagaan ialah tiada undang-undang lain yang boleh mengatasi perkara-perkara dalam perlembagaan. Hal ini dikenali sebagai keluhuran perlembagaan. Mahkamah berkuasa  membatalkan mana-mana undang-undang yang digubal oleh mana-mana statut apabila bertentangan dengan perlembagaan. Oleh itu, semua rang undang-undang hendaklah tertakluk kepada kehendak-kehendak perlembagaan. Mana-mana undang-undang yang bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan adalah terbatal dengan sendirinya, setakat mana yang bertentangan itu.

KONSEP KELUHURAN PERLEMBAGAAN

  1. Keluhuran perlembagaan adalah prinjsip Rukun Negara yang ketiga yang bermaksud ketinggian perlembagaan atau Undang-Undang.
  2. Kuasa Perlembagaan Malaysia adalah mengatasi kuasa Yang-dipertuan Agong,parlimen,jemaah menteri dan makhaamah.
  3. Semua undang-undang yang bercanggah dengan perlembagaan Malaysiaadalah tidah sah dan terbatal sama sekali.
  4. Undang-Undang negeri juga mestilah selaras dengan PerlembagaanMalaysia.
  5. Mahkamah juga telah diperuntukan kuasa untuk membatalkan akta yang diluluskan diluar bidang kuasa Parlimen.
  6. Mahkamah juga berkuasa menentukan kesahihan setiap undang-undang.
PERANAN & KESAN PERLEMBAGAAN MALAYSIA
  • Mewujudkan pemerintahan yang adil
          Beberapa perkara dalam perlembagaan memperlihatkan peranaannya untuk mewujudakan pemerintahan yang adil. Kewujudan dari segi sejarah berdasarkan tolak ansur antara kaum dalam beberapa perkara seperti hak istimewa orang melayu , bahasa melayu , agama islam dan lain-lain lagi.
Sebagai contoh walaupun agama islam sebagai agama rasmi negara tetapi agama lain juga bebas diamalkan.
  • Mengekalkan riwayat negara bangsa
         Pembentukan pelembagaan akam mengekalkan identiti negara bangsamalaysia kerana melalui perlembagaan ,Sistem pertadbiran dan perjalanan undang-undang negara dapat dilaksanakan.
  • Menjaga kestabilan negara
         Sesungguhnya perlembagaan malaysia telah berjaya menmbentuk keamanaan dan kestabilan negara .Hal ini memandangankan terdapat sekatan-sekatan dalam mengawal pergerakan setiap warganegara Malaysia walaupun mereka diberi kebebasan dan keistimewaan  tertentu.Namun,kebebasan dan keistimewaan ini ada hadnya apabila terdapat perkara-perkara yang difikirkan perlu untuk menyekat kebebasan mereka.
  • Alat peyelesaian masalah
         Perlembagaan sesungguhnya telah menjadi undang-undang tertinggi negara dan menjadi rujukan utama dalam penggubalan undang-undang persekutuan dan negeri.Bahkan,sebarang masalah dalam pembuatan undang-undang atau rujukan apa-apa hukuman kepada seseorng warganegara adalah berasaskan perlembagaan.
KEPENTINGAN PERLEMBAGAAN  PERRSEKUTUAN


  1. Menjamin kestabilan politik dan sistem pentadbiran yang cekap dan berkesan. Perlembagaan menentukan corak pemerintahan, pembahagian kuasa antara pelbagai badan kerajaan serta prinsip-prinsip umum cara kuasa tersebut dilaksanakan.
  2. Menjamin keselamatan dan kesejahteraan rakyat. Perlembagaan menentukan hak asasi rakyat seperti kebebasan bercakap, kebebasan beragama dan pemilikan harta. Perlembagaan dapat mengelakkan penyalahgunaan kuasa pemerintahan.
  3. Perlembagaan juga menentukan tanggungjawab rakyat dan batasan atau larangan seperti hak istimewa orang Melayu dan Bumiputera Sabah dan Sarawak yang tidak boleh dipersoalkan. Hal ini adalah penting untuk mengelakkan persengketaan kaum.
  4. Memudahkan perpaduan nasional dan pembangunan negara. Perlembagaan melindungi kepentingan semua kaum. Perlembagaan juga menjamin keadilan sosial antara kaum. Hal ini dapat memupuk perpaduan nasional dan mempertingkatkan pembangunan negara.
  5. Kepentingan perlembagaan di sesebuah negara itu juga mempunyai haluan tertentu. Hal ini demikian kerana, perlembagaan mempunyai undang-undang dasar yang menentukan arah politik negara tersebut. Menerusi perlembagaan, arena politik negara dapat ditentukan dan parti-parti politik pula mengetahui hala tuju semasa memegang kuasa dan mentadbir negara.




No comments:

Post a Comment