ISU-ISU KEPERHATINAN NEGARA
5.1 Dasar Malaysia Tentang Hal Ehwal
Serantau Dan Dunia
Pendahuluan
Kesemua Negara di dunia mempraktikkan premis tersebut dalam penggubalan
dasar luar hubunganya dengan Negara lain. Bagi Malaysia,amat penting agar usaha
serta langkah yang kita ambil adalah berpandukan objektif menjamin keselamatan
serta kemakmuran Negara dan juga menentukan keamanan di rantau Asia Tenggara
terus berkekalan. Harus ditekankan bahawa kepentingan Negara kita sebenarnya
amat meluas dan tidak hanya tertakluk kepada isu keamanan dan keselamatan
semata-mata bahkan melibatakn juaga kegiatan ekonomi Negara.
Menyedari betapa pentingnya Negara terus maju dan produktif,kerajaan
mengamalkan dasar ekonomi terbuka dan bercorak antarabangsa. Sektor pembuatan
merupakn tunggak utama ekonomi Negara dan kebanyakan barangan yang dihasilkan
adalah untuk dieksport. Sebagai sebuah Negara dagang,Malaysia perlu menjalin
hubungan baik dengan dunia luar.
Kedaulatan Negara merupakan tunggak utama sistem perhubungan antarabangsa. Oleh itu,pengendalian dasar
luar Negara perlulah bercerminkan keadaaan yang sedemikian rupa.
Justeru,Malaysia lantang menyuarakan idea di persada antarabangsa. Malaysai
juga berkerjasama dengan Negara-negara dunia lain dalam usaha mengutarakan kedudukan
kita berasaskan kepentingan Negara.
Objektif Dasar Luar Negara
Secara ringkas, Objektif-objektif dasar
luar Negara antara lain adalah untuk menjaga, mempertahankan dan memajukan
kepentingan Malaysia di arena antarabangsa. Mempertahankan prinsip menghormati
kemerdekaan dan kedaulatan wilayah melalui dasar tidak campur tangan dalam hal
ehwal dalaman Negara lain. Menangani perkembangan dan cabaran politik,ekonomi
keselamatan dan sosial pada peringkat antarabangsa. Mempertahankan dan
memajukan hak kepentingan dan inspirasi Malaysia dalam semua bidang. Memupuk
hubungan baik serta meningkatkan kerjasama dengan negara-negara lain.
Peranan Kementerian Luar Negeri
Kementerian luar negeri ialah sebuah agensi kerajaan yang diberi mandat
dan tanggungjawab untuk mengendalikan hubungan luar Malaysia dengan Negara-negara
asing. Ini merangkumi perkara-perkara berhubung dengan hubungan politik,hal
ehwal keselamatan serta promosi sosial dan kebudayaan. Kementerian ini
dipertanggungjawabkan untuk menepati objektif-objektif tersebut,menguruskan
hubungan dua hala,hubungan serantau dan pelbagai hala dengan Negara-negara
asing dan pertubuhan-pertubuhan antarabangsa. Hubungan ini merangkumi bidang
politik,ekonomi dan kebudayaan. Mempromosi pelaburan dan perdagangan dengan
Negara-negara asing. Mengendalikan aktiviti-aktiviti sokongan termasuk
perkhidmatan,pentadbiran am,kewangan,kaunselor,keselamatan dan komunikasi.
Misi kementerian luar negeri adalah melindungi dan memajukan kepentingan
Malaysia dan menyumbang ke arah suatu komuniti antarabangsa yang adil dan
saksama melalui amalan diplomasi proaktif.
ASEAN
ASEAN telah ditubuhkan pada 8 Ogos 1967, apabila beberapa buah negara
termasuk Malaysia menandatangani deklarasi penubuhan Asean di Bangkok.
Pengisytiharan ini telah ditandatangani oleh Timbalan Perdana Menteri Malaysia,
Tun Abdul Razak Hussein, Menteri Luar Indonesia, Dr. Adam Malik, Menteri Luar
Thai, Thanat Khoman, Setiausaha Luar Filipina, Narciso Ramos, dan Menteri Luar
Singapura, S.Rajaratnam. Pada dasarnya, Asean mempunyai matlamat yang sama
dengan ASA. Ia bertujuan untuk mewujudkan kerjasama yang lebih erat di kalangan
Negara anggota dalam bidang ekonomi dan lain-lain. Namun peranan Asean telah
berkembang lebih daripada itu. Hubungan diplomatik yang pada asalnya hanya
melibatkan tiga buah Negara dalam ASA kini telah berkembang menjadi 10 buah
Negara.
Pada tahun 1984, keanggotaan ASEAN telah bertambah dengan kemasukan
negara Brunei Darul Salam pda 7 Januari 1984, Vietnam pada 28 Jualai 1995, Laos
dan Myanmar pada 23 Julai 1997 dan akhir sekali Kemboja sebagai ahli ASEAN yang
terakhir telah memenuhi misi penubuhan ASEAN pada tahun 1967 di Bangkok iaitu
mahu menjadikan ASEAN 10 berjaya dan seterusnya membawa negara-negara di Asia
Tenggara kepada satu era yang lebih maju dari segi sosio-ekonomi, politik dan
keselamatan serantau.
Walaupun matlamat awal penubuhan ASEAN
ialah untuk meningkatkan kerjasama dalam bidang sosial dan ekonomi namun sejak
awal penubuhan ASEAN iaitu pada tahun 1967 sehingga tahun 1974 banyak menyentuh
tentang bentuk rundingan dan juga kerjasama serantau terutama dalam persoalan
politik serantau. Dengan kejatuhan Vietnam Selatan kepada komunis pda tahun
1975 dan diiikuti dengan pencerobohan terhadap kemboja pada tahun 1978
merupakan cabaran yang besar terhadap ASEAN untuk mengorak langkah dalam
menangani masalah ini. Oleh itu, satu persidangan di antara ketua-ketua negara
ASEAN buat pertama kalinya telah diadakan di Bali, Indonesia pada bulan
Februari 1976.
Pertemuan pertama selepas sembilan tahun
penubuhan ini telah berjaya menghasilkan dua dokumen yang berkaitan iaitu
Perjanjian Persahabatan dan Kerjasama di Asia Tenggara dan Deklarasi Kerukunan
ASEAN. Kedua-dua kesetiaan ini adalah memberi tumpuan kepada kestabilan politik
serantau seperti usaha membendung ancaman komunis , campurtangan kuasa-kuasa
luar selain daripada menyelesaikan
masalah dalaman ASEAN sendiri. Dengan
menwujudkan beberapa kerjasama politik ASEAN seperti pelancaran konsep ZOPFAN,
ARF dan Keselamatan serantau menyebabkan negara ASEAN terselamat dari
pencabulan hak oleh negara dunia pertama.
Semasa Tun Abdullah Ahmad Badawi
menjawat jawatan perdana menteri, beliau telah menggariskan tiga pendekatan
baharu Malaysia bagi meningkatkan kerjasama ekonomi dengan ASEAN secara lebih
berkesan supaya dapat menjamin rantau ini kekal dinamik dan terus menarik di
Sidang Kemuncak ASEAN di Laos tak lama dulu. Tiga pendekatan itu adalah
menruskan integrasi ekonomi secara meluas, mengembangkan rangkaian dengan
Negara-negara rakan dagang, mempromosikan inisiatif pembangunan serantau.
5.1.2 Peranan Pertubuhan Negara-Negara
Islam (OIC)
Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) ditubuhkan pada 25 September 1969 (12
Rejab 1389H) bersempena Persidangan Dunia Islam pertama di Rabat, ibu negara
Maghribi ketika memuncaknya serangan ganas terhadap Masjid Al-Aqsa oleh
puak Zionis. Tindakan biadab puak Zionis
itu mendorong para pemimpin Islam menubuhkan sebuah pertubuhan antarabangsa
bagi memperjuangkan kepentingan umat Islam dalam segenap bidang di seluruh
dunia.
Matlamat utama OIC adalah untuk
menggalakkan keeratan antara ahli negara-negara Islam bagi menyelaras kerjasama antara negara ahli
dalam bidang ekonomi, sosial, budaya, saintifik, dan bidang-bidang lain bagi
berusaha untuk menghapuskan perbezaan rasial dan diskriminasi dan menentang
kolonial dalam semua bentuk dan untuk
menyokong semua Muslim dalam usaha mereka mempertahankan maruah, kebebasan dan
hak negara, membina jambatan antara jurang perbezaan budaya dunia.
Peranan Malaysia dalam OIC
Tunku Abdul Rahman menjadi Setiausaha Agung OIC yang pertama. Malaysia
juga menjadi perantara menyelesaikan perang Iran-Iraq.Sumbangan Malysia seperti
memberi sokongan kepada Palestin dalam perjuangan menentang Israel. Malaysia
diberi kepercayaan menjadi tuan rumah persidangan OIC. Menganjurkan persidangan
menentang pengganas di kalangan negara Islam. Memberi tawaran biasiswa kepada
pelajar OIC untuk belajar di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).
Mengesyorkan penggunaan dinar emas di kalangan negara Islam dalam urusan
perdagangan.
Pinjaman daripada Bank Pembangunan Islam
sangat berguna bagi melaksanakan projek-projek pembangunan untuk kepentingan
rakyat. OIC memberikan bantuan kepada Malaysia untuk menubuhkan UIAM. Malaysia
mendapat penghormatan daripada negara-negara anggota kerana amat serius
memperjuangkan hak dan kebajikan negara-negara Islam.
5.1.3 Peranan KOMENWEL
Pertubuhan Negara-negara Bekas Jajahan
British (KOMENWEL)
Pertubuhan ini dibentuk pada tahun 1931.
Pertubuhan ini dianggotai oleh negara
bekas tanah jajahan Britain yang merdeka. Anggota pertubuhan ini diantara 54
negara maju dan negara sedang membangun. Sekretariat Komanwel ditubuhkan pada
tahun 1965, manakala beribu pejabat
ditubuhkan di London.Pertubuhan ini dapat
membina semangat setia kawan dan mewujudkan kerjasama dalam pelbagai
bidang. Selepas merdeka, negara Komawel membantu Malaysia memelihara keamanan
dan kedaulatan negara menyekat perjuangan PKM. Secara rasminya, perjanjian
pertahanan dengan Britain, Australia dan New Zealand, Negara-negara ini
menjanjikan bantuan jika diserang oleh mana-mana pihak. Malaysia juga telah
mendapat sokongan oleh Negara-negara maju dalam Komanwel umpamanya pemberian
status Skim Keutamaan Am (GSP) bagi barang Malaysia. Dengan adanya skim ini,
cukai barangan Malaysia akan direndahkan dan secara tidak lansung akan
meningkatkan persaingan barangan Malaysia dengan barangan Negara lain di
pasaran luar.
Matlamat NAM ialah Mengekalkan keamanan dunia. Nam Tidak menyokong blok
barat atau blok komunis. Nam juga Mengelak campur tangan asing dalam hal ehwal
sesebuah Negara. Menyelesaikan sebarang pertelingkahan antara negara melalui
perundingan dan persefahaman.
Nam menghormati hak asasi manusia. Nam
Membela kepentingan negara sedang membangun.
Nam juga Membela isu Palestin. NAM juga
melaksanakan kerjasama ekonomi. Matlamat lain ialah membincangkan isu Antartika
dan Cadangan menghapuskan dasar apartheid di Afrika Selatan. Pada bulan
Februari, Malaysia diberi penghormatan menjadi tuan rumah persidangan. Malaysia
kini ialah Pengerusi Sidang Kemuncak NAM ke-13 sehingga tahun 2006 dengan 114
buah negara anggota, iaitu 2/3 daripada jumlah keanggotaan Pertubuhan
Bangsa-bangsa Bersatu (PBB).
Peranan Malaysia Dalam NAM
Dalam Sidang Kemuncak Ketujuh di New Delhi 1987, Malaysia telah membuat
beberapa usul bagi menjaga kepentingan negara-negara sedang membangun. Mereka
membincangkan isu Palestin, kerjasama ekonomi dan isu Benua Antartika. Dalam
Sidang Kemuncak Kelapan di Harare(Zimbabwe) 1988, Malaysia mengemukakan
cadangan penghapusan dasar Apartheid di Afrika Selatan. Malaysia diberi
penghormatan sebagai Naib Presiden dalam Sidang Kemuncak NAM di Belgrade.
Malaysia dilantik sebagai ahli Kumpulan 16 yang membincangkan isu kerjasama
politik negara anggota.
Malaysia menjadi tuan rumah kepada
sidang kemuncak NAM yang ke -13 pada tahun 2003.Antara sumbangan yang
terbesar Malaysia sumbangkan ialah
membawa masuk Timur Leste dan Pulau Catalina
ke dalam NAM. Deklarasi Kuala Lumpur
menegaskan tentang usaha menghidupkan NAM dan pernyataan bersama tentang
kedudukan Palestin dan serangan Amerika Syarikat terhadap Iraq.
No comments:
Post a Comment