BAB 6 : PEMIKIRAN DAN KEPERCAYAAN
PENGENALAN
·
Salah satu ciri sesebuah tamadun ialah agama
·
Agama yang membezakan sesuatu tamadun dengan tamadun yang lain
·
Agama melambangkan adat resam,atau system kepercayaan
MENGAPA MANUSIA PERLU BERAGAMA
·
Agama merupakan satu bentuk hubungan antara manusia dengan kuasa luar
biasa
AGAMA YANG TERDAPAT DI MALAYSIA
AGAMA ISLAM
Agama islam dianuti oleh orang-orang
Melayu dan Majoriti Bumiputera . Selain itu , agama islam mengamalkan
kepercayaan kepada Allah dan Nabi Muhammad sebagai Rasul . Agama turut
merayakan Hari Raya Puasa, Hari Raya Kurban dan juga Hari Keputraan Nabi Muhammad
. Tambahan pula , agama islam berpuasa di bulan Ramadan dan orang islam tidak
memakan khinzir dan anjing.
AGAMA BUDDHA
Agama buddha dianuti oleh majoriti kaum
Cina.Selain itu, agama ini mengamalkan ajaran Sidharta Gautama Buddha yang
bermula di India. Agama ini merayakan Hari Tahun Baharu Cina, Hari Wesak dan
Pesta Kuih Bulan. Masyarakat buddha mempercayai kehidupan semula selepas
kematian. Selain itu mempercayai nasib dan tuah yang disebut sebagai 'ong' dan
juga 'feng shui'.
AGAMA HINDU
Agama hindu dianuti oleh majoriti kaum
India. Agama ini mengamalkan kepercayaan kepada dewa-dewi. Masyarakat
hindu merayakan Hari Deepavali, Hari
Thaipusam dan Pesta Ponggal. Selain itu , masyarakat hindu mempercayai balasan
baik dan buruk selepas kematian. Selepas itu , mereka turut mempercayai Sungai
Ganges di India sebagai tempat paling suci untuk membersihkan dosa.
AGAMA KRISTIAN
Kebanyakkan masyarakat agama kristian
dianuti oleh orang-orang Cina, India dan Bumiputera Bukan Islam yang lain.
Mereka mengamalkan kepercayaan kepada Nabi Isa seabgai Anak Tuhan yang digelar
Jesus Kristus. Selain itu , masyarakat ini merayakan Hari Krismas, Hari Esther
dan Tahun Baru. Mereka turut membaptiskan anak yang baru lahir. Masyarakat
kristian beramal atau bersembahyang di gereja.
CARA PERPADUAN DALAM KEPELBAGAIAN AGAMA
DAPAT DIWUJUDKAN
Malaysia merupakan sebuah negara yang unik
kerana masyarakatnya terdiri daripada berbilang kaum dan agama. Kaum Melayu,
Cina, India dan rakyat peribumi yang lain dapat hidup dalam keadaan yang aman dan
damai malah saling menghormati. Rakyat Malaysia dapat hidup bersatu padu dan
bekerjasama berdasarkan atas prinsip-prinsip
Rukun Negara. Perpaduan yang wujud ini mampu mengelakkan tragedi 13 Mei
1969 kerana rakyat Malaysia sedar akan pentingnya perpaduan bak kata pepatah
“bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat”. Persoalannnya,
apakah usaha-usaha mewujudkan perpaduan kaum di negara kita?
Salah satu usaha mewujudkan perpaduan kaum di
negara kita adalah peranan yang dimainkan oleh pihak sekolah. Rakyat harus
menyokong cadangan mewujudkan satu sistem pendidikan berteraskan kebangsaan.
Dengan adanya sistem pendidikan yang terbuka kepada setiap kaum dan penggunaan
Bahasa Melayu sebagai bahasa penghantar, hal ini mampu membentuk elemen perpaduan
dalam kalangan murid. Apabila murid berbilang kaum di peringkat awal didedahkan
dengan kepelbagaian bangsa dan agama di sekolah rendah lagi, usaha untuk
membentuk satu masyarakat berbilang kaum yang bersatu padu dapat dilakukan
dengan lebih berkesan. Di sekolah, murid-murid yang berbilang kaum akan
berinteraksi, bergaul , bermain dan sebagainya semasa melakukan aktiviti-
aktiviti semasa P & P ataupun aktiviti kokurikulum. Dengan cara ini,
generasi Malaysia yang lebih bersefahaman, bekerjasama dan bersatu padu mampu
dilahirkan. Selain itu, menerusi sukatan pelajaran Bahasa Melayu, Sejarah dan
Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan, sifat perpaduan kaum dapat dipupuk dalam
kalangan murid. Jelasnya, generasi muda akan sedar akan peranan mereka untuk
mengukuhkan perpaduan kaum menerusi peranan yang dimainkan oleh pihak sekolah.
Selain itu, rumah terbuka yang diadakan pada
hari perayaan dapat mewujudkan perpaduan kaum di negara kita. Rumah terbuka
bermaksud satu perayaan agama yang disambut oleh penganut pelbagai agama dengan
tujuan untuk memupuk persefahaman dalam kalangan rakyat Malaysia. Amalan
kunjung-mengunjungi ketika merayakan Hari Raya Aildilfitri, Tahun Baru Cina,
Deepavali dan Hari Natal dapat memupuk silaturahim dalam kalangan rakyat yang
berbilang kaum. Semasa menghadiri rumah terbuka, rakyat Malaysia boleh
mengenali adat resam setiap kaum dengan lebih mendalam sekali gus dapat menjana
sikap bertimbang rasa dan saling menghormati antara satu sama lain. Setiap kaum
yang ada di negara kita sedia menerima adat resam dan budaya kaum lain selain
dapat menikmati juadah tradisional masyarakat mengikut kaum yang ada di Negara
kita. Rakan-rakan yang datang berkunjung ke rumah kita bukan sahaja dapat
mengeratkan hubungan sesama kaum tetapi juga dapat memeriahkan suasana rumah
terbuka. Tegasnya, rumah terbuka yang diadakan pada setiap perayaan dapat
memupuk perpaduan dalam kalangan anggota masyarakat.
Di samping itu, perpaduan kaum dalam kalangan
rakyat Malaysia dapat dipupuk menerusi aktiviti hari keluarga. Hari keluarga
merupakan aktiviti yang sihat yang wajar menjadi kemestian sesebuah komuniti.
Aktiviti hari keluarga boleh disertai oleh semua lapisan masyarakat dalam
sesebuah taman atau komuniti untuk mengerattkan hubungan sesama kaum.Hari
keluarga boleh diadakan pada hujung minggu dan boleh dijalankan di kawasan
berhampiran tempat tinggal seperti di padang sekolah, taman rekreasi atau di
sesebuah tempat perkelahan. Ibu bapa boleh membawa anak masing-masing dan
menyertai aktiviti yang dijalankan. Secara tidak langsung, setiap ahli
masyarakat dapat mengenali, dan berkomunikasi dengan jiran tetangga mereka yang
selama ini hanya berpeluang untuk melihat muka tanpa berbual-bual ketika keluar
rumah. Jelasnya, aktiviti hari keluarga yang dijalankan dapat mengeratkan
perpaduan dan sekali gus menjayakan gagasan 1 Malaysia.
Akhir sekali, perpaduan kaum dalam kalangan
masyarakat dapat diwujudkan menerusi kepelbagaian kebudayaan. Kepelbagaian kaum
dan budaya di Malaysia merupakan aspek yang penting untuk mewujudkan perpaduan.
Walaupun terdiri daripada latar belakang yang berbeza, namun apabila dikaitkan
dengan kebudayaan, semua rakyat boleh menerimanya tanpa wujud prasangka.
Apabila diadakan sesuatu persembahan untuk meraikan hari kebesaran atau
menerima kedatangan orang kenamaan, akan dipersembahkan tarian oleh pelbagai
kaum seperti tarian Zapin dan tarian Inang oleh masyarakat Melayu. Tarian
kipas, tarian singa dan tarian piring oleh masyaraat Cina, Tarian Bharatanatiam
dan Tarian Kollattam oleh masyarakat India. Persembahan kebudayaan yang unik
ini secara tidak langsung dapat menarik minat pelancong asing yang berkunjung
ke negara ini. Tegasnya, kepelbagaian kebudayaan yang ada di negara kita dapat
mewujudkan perpaduan kaum dan mengenali antara satu sama lain kerana tak kenal
maka tak cinta.
Kesimpulannya, usaha mewujudkan perpaduan kaum
perlu diberi penekanan di negara kita kerana menjadi tonggak kesejahteraan