Wednesday, 13 July 2016



PENGHARGAAN

Saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada Puan Elyn Bin Mohd Ridzwan selaku pensyarah matapelajaran komunikasi dan penyiaran Islam kerana telah memberi sokongan dan dorongan kepada kami ketika menjalankan projek ini. Saya juga turut ingin berterima kasih kepada rakan-rakan kerana telah banyak membantu dan memberi tunjuk ajar kepada saya bagi menyiapkan kerja kursus ini. Di samping itu, saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada pihak yang terlibat secara langsung dan mereka yang tidak terlibat secara langsung kerana telah memberi kami semangat dan dorongan untuk menyiapkan projek ini serta membantu dan memberi komen ketika menyiapkan kerja kursus ini. Tunjuk ajar, kerjasama dan dorongan yang diberikan oleh semua pihak membolehkan kami berjaya menyiapkan kerja kursus ini dengan jayanya.Alhamdullilah.




PENGENALAN

Teknologi Maklumat dan Komunikasi (Information and Communication Technology) atau ringkasnya ICT adalah penggunaan komputer, peranti komunikasi dan perisian aplikasi untuk memproses, menyimpan, mencapai semula, melindungi, dan menghantar maklumat dari mana-mana tempat pada bila-bila.Teknologi Informasi adalah suatu teknologi yang digunakan untuk mengolah data, termasuk memproses, mendapatkan, menyusun, menyimpan,memanipulasi data dalam berbagai cara untuk menghasilkan informasi yang berkualiti, yaitu informasi yang relevan, tepat yang digunakan untuk keperluan peribadi, perniagaan, dan pentadbiran ia merupakan informasi yang tepat untuk pengambilan keputusan.Kemunculan teknologi maklumat sebagai alat komunikasi terkini menjanjikan satu wadah penyebaran maklumat yang memantapkan ilmu dan maklumat. Oleh kerana tiada siapa yang dapat mengawal perjalanan maklumat didunia siber, berjuta-juta laman web telah dihidupkan. Bermacam-macam maklumat samaada benar atau salah, idea, ideologi, propaganda dan tidak kurang juga pornografi disebarkan melalui Internet. Ini merupakan masalah yang perlu kita semua perlu hadapi.




Punca-punca penyalahgunaan ICT dalam kehidupan

Namun begitu, aktiviti memanipulasi kemudahan ini untuk kepentingan diri sendiri tetap ada terutama bagi mereka yang berfikiran negatif dan  mereka menggunakan teknologi yang ada sebagai medium penyebaran ideologi, propaganda dan tidak kurang juga pornografi yang disebarkan melalui Internet, . Hal ini mampu mengganggu dan merosak generasi akan datang yang bakal mewarisi tampuk pemerintahan negara. Akibatnya,jika perkara ini tidak dibendung kelak kita bakal menanggung akibatnya.Tetapi persoalanya disini apakah punca-punca disebalik masalah ini terus berlanjutan ?

Kurang didikan agama

 Berlaku apabila seseorang yang kurang kekuatan iman dan ilmu menyebabkan mereka lebih mudah terpengaruh atau tergoda dengan godaan syaitan . keluarga seharusnya memberikan anak-anak didikan agama yang sempurna dan cukup untuk mereka membawa diri masing masing dan membuat keputusan.
Seperti yang kita lihat dalam televisyen dan dengar dicorong radio bahawa kebanyakan masyarakat kita terlibat dengan penyalahgunaan teknologi ini adalah akibat daripada pegangan agama yang rapuh dan pertimbangan rasional sebagai seorang manusia.
Sikap manusia yang tamak.
Hal ini memang tidak dapat dinafikan terutamanya dalam era mengejar kesenangan hidup pada hari ini. manusia sentiasa sibuk mencari kekayaan bagi menjamin kehidupan  Secara tidak langsung, dengan adanya medium sebegini,ada pihak yang tidak bertanggunjawab mengambil kesempatan dengan memperoleh kekayaan dengan cara yang mudah seperti penipuan dalam internet, kecurian maklumat dan aktiviti pengodaman. Hal ini akan mengakibatkan keselamatan kita di alam maya akan terus terancam dan pihak yang tidak bertanggungjawab ini terus bermaharajalela.
Pengaruh kenalan rapat yang berfikiran negatif.
Hal ini demikian kerana kebanyakan masa remaja diluangkan bersama dengan rakan sebaya mereka di laman sosial. Oleh itu, pemilihan rakan yang sesuai haruslah dilakukan dengan bijaksana oleh setiap remaja. Sekiranya rakan sebaya yang digauli oleh mereka yang buruk akhlaknya, secara tidak langsung mereka sendiri akan terikut-ikut dengan sikap rakan mereka.Budaya ini harus dikikis kerana hanya akan menyebabkan gejala ini menjadi lebih serius. Para remaja perlu bersikap rasional pada setiap masa.
Tekanan / Depressi
Kini, masyarakat  perlu berhadapan dengan cabaran dalam kehidupan yang penuh pancaroba. tekanan yang tinggi untuk meneruskan kehidupan untuk mancapai matlamat kehidupan menyebab mereka ini menggunakan medium ini untuk meluahkan perasaan dan ketidakpuasan hati. . Akibatnya, menggunakan medium ini untuk meluahkan peraasaan dan melepaskan amarah yang telah bernanah didalam hati. Tekanan ini akan mendorong mereka membuat keputusan yang tidak rasional di media sosial.Mereka ingin mencari ketenangan jiwa. Mereka berpendapat bahawa melepaskan perasaan di media sosial dapat mengurangkan tekanan yang dihadapi oleh mereka dalam sekelip mata sahaja.


Isu dan cabaran
Terlibat atau melibatkan diri dalam aktiviti penipuan berbentuk kewangan yang terselindung.
Penipuan yang melibatkan kewangan terselindung ini telah semakin merebak dan semakin ramai yang menjadi mangsanya. Penipuan yang bermotifkan kewangan ini dilakukan dengan pelbagai cara diantaranya alamat email anda bertuah dan akan memenangi hadiah, tarawan kerjaya yang mudah tetapi bayaran yang lumayan dan sebagainya
Berhubung rapat dengan orang yang tidak dikenali
Kemudahan ict juga telah membuka ruang yang sangat luas bagi mengenali dan berhubung dengan seseorang secara bebas dan terbuka. remaja merupakan golongan yang mudah terjebak dalam isu ini. seorang remaja yang mudah percaya kepada seseorang yang tidak dikenali pastinya ia akan membuka ruang kepada penjenayanh mengambil peluang keatasnya. Tahap kematangan yang rendah sertra pengaruh emosi yang mempengaruhi diri menyebabkan remaja mudah menjdi mangsa



















Pembaziran masa berlaku apabila golongan obses menjadi ketagih menggunakan kemudahan teknologi maklumat sehingga terlupa untuk makan, minum dan tidur. Antara pembaziran masa yang berlaku ialah pelajar menghabiskan masa dengan bermain permainan atas talian yang tidak membawa banyak faedah kepada permainnya. Bukan sahaja pembaziran masa yang berlaku, malah pembaziran tenaga dan juga wang ringgit.Membaziran masaPemalsuan maklumat bermaksud memberi maklumat yang salah dan tidak benar pada sebarang borang, kontrak atau permohonan dalam talian. Pastinya iakan menyusahkan beberapa pihak yang terlibat malah ia mampu untuk berlakunya kes jenayah yang melibat perbezaan identiti penjenayah.Pemalsuan maklumatAncaman dan fitnah sering berlaku dalam dunia teknologi maklumat. Antara contoh yang terdekat adalah fitnah yang sering menjalar di kalangan artis-artis tanah air yang membawa kepada perceraian, pergaduhan dan sebagainya dan penyebaran video berbentuk propaganda oleh pengganas atau militan yang pasti akan merosak pemikiran golangang belia dan fanatik kepada sesebuah organisasi yang terlibat dalam penyalahgunaan teknologi ict. sekali gus ia akan menjadi ancaman kepada negara dan keluarga.Tersebarnya ancaman dan fitnahbermaksud melakukan perilaku atau yang menyebabkan kekacauan dan ketegangan kepada fikiran individu yang lain. Sebagai contoh, menyebarakan link atau pautan di dalam mel elektronik dan membawa ke laman web lucah dan sebagainya. Selain itu, pengedaran gambar-gambar lucah melalui mel spam juga membawa kepada ganguan mental dan seksual.Berlakunya Ganguan mental dan seksualPencerobohan bermaksud seseorang pengguna komputer atau user menggunakan kemudahan teknologi maklumat untuk masuk ke sistem komputer orang lain dan mengambil fail-fail orang lain tanpa kebenaran. Selain itu, melaksanakan sebarang aktiviti pemantauan rangkaian bagi mencuri data yang bukan ditujukan kepadanya atau dengan istilah lain memintas mel elektronik orang lain. Di samping itu, terdapat juga pencerobohan peralatan  yang dimiliki oleh pengguna individu, kumpulan atau organisasi lain. Antara contoh lain ialah trojan yang merupakan atur cara yang muslihat di dalamnya. Atur cara ini kononnya berfaedah atau menarik tetapi sebenarnya mengandungi suruhan yang diletakkan oleh pencipta atur cara untuk menceroboh keselamatan sistem komputer apabila atur cara diaktifkan Aktiviti Pencerobohan semakin berleluasaPenggertak atau cracker atau lebih dikenali penggodam adalah seseorang yang memecah masuk ke sistem komputer orang lain dan merosakkan sistem yang ada dengan tujuan untuk mendapatkan keuntungan jahat. Pecah masuk sistem dilakukan seolah-olah untuk menunjukkan kelemahan dalam sistem keselamatan laman. Penggertak tidak menulis program untuk membangunkan perisian tetapi menggunakan perisian yang dibangunkan oleh pihak lain untuk tujuan memusnahkan bagi mendapatkan keuntungan jahat. akibatnya ia pasti menjadi ancaman bukan sahaja kepada individu dan organisasi malah kepada pentadbiran negara.Menggalakkan penggodaman dan kegawatan sistemPornografi bermaksud laman web lucah atau tidak sopan. Kebanyakkan masalah penyalahgunaan dalam kalangan pelajar ialah melihat video-video dan bahan-bahan yang berunsuf pornografi. Malah bukan itu sahaja, terdapat juga individu-individu yang tidak bertanggunagjawab melakukan aktiviti haram seperti menyebar video-video lucah di internet dan tidak kurang juga yang menjalankan perniagaan haram tersebut di internet.jika pekara tidak dibenteras pastinya ia kan menjadi masalah sosial yang bakal menggusarkan sesebuah negara.  Menggalakkan penyebaran aktiviti PornografiDunia telah mencapai pelbagai kemajuan dalam pelbagai bidang. Namun,di sebalik semua kemajuan ini ,adakah pemikiran manusia semakin matang dan maju ke hadapan atau sebaliknya. teknologi, merupakan penanda aras kemajuan pemikiran manusia akan tetapi kemajuan yang telah kecapi ini digunakan dengan sewenang-wenangnya tanpa ada batasan dan sempadan. persoalannya disini apakah yang bakal terjadi jika perkara ini terus menguasai pemikaran manusia? apakah akibatnya?Akibat Penyalahgunaan ICT.

Wednesday, 14 October 2015

BAB 6: PEMIKIRAN DAN KEPRCAYAAN

BAB 6 : PEMIKIRAN DAN KEPERCAYAAN

PENGENALAN

·       Salah satu ciri sesebuah tamadun ialah agama
·       Agama yang membezakan sesuatu tamadun dengan tamadun yang lain
·       Agama melambangkan adat resam,atau system kepercayaan

MENGAPA MANUSIA PERLU BERAGAMA
·       Agama merupakan satu bentuk hubungan antara manusia dengan kuasa luar biasa

AGAMA YANG TERDAPAT DI MALAYSIA









AGAMA ISLAM
Agama islam dianuti oleh orang-orang Melayu dan Majoriti Bumiputera . Selain itu , agama islam mengamalkan kepercayaan kepada Allah dan Nabi Muhammad sebagai Rasul . Agama turut merayakan Hari Raya Puasa, Hari Raya Kurban dan juga Hari Keputraan Nabi Muhammad . Tambahan pula , agama islam berpuasa di bulan Ramadan dan orang islam tidak memakan khinzir dan anjing.










AGAMA BUDDHA

Agama buddha dianuti oleh majoriti kaum Cina.Selain itu, agama ini mengamalkan ajaran Sidharta Gautama Buddha yang bermula di India. Agama ini merayakan Hari Tahun Baharu Cina, Hari Wesak dan Pesta Kuih Bulan. Masyarakat buddha mempercayai kehidupan semula selepas kematian. Selain itu mempercayai nasib dan tuah yang disebut sebagai 'ong' dan juga 'feng shui'.







AGAMA HINDU

Agama hindu dianuti oleh majoriti kaum India. Agama ini mengamalkan kepercayaan kepada dewa-dewi. Masyarakat hindu  merayakan Hari Deepavali, Hari Thaipusam dan Pesta Ponggal. Selain itu , masyarakat hindu mempercayai balasan baik dan buruk selepas kematian. Selepas itu , mereka turut mempercayai Sungai Ganges di India sebagai tempat paling suci untuk membersihkan dosa.






AGAMA KRISTIAN

Kebanyakkan masyarakat agama kristian dianuti oleh orang-orang Cina, India dan Bumiputera Bukan Islam yang lain. Mereka mengamalkan kepercayaan kepada Nabi Isa seabgai Anak Tuhan yang digelar Jesus Kristus. Selain itu , masyarakat ini merayakan Hari Krismas, Hari Esther dan Tahun Baru. Mereka turut membaptiskan anak yang baru lahir. Masyarakat kristian beramal atau bersembahyang di gereja.


CARA PERPADUAN DALAM KEPELBAGAIAN AGAMA 


DAPAT DIWUJUDKAN




 Malaysia merupakan sebuah negara yang unik kerana masyarakatnya terdiri daripada berbilang kaum dan agama. Kaum Melayu, Cina, India dan rakyat peribumi yang lain dapat hidup dalam keadaan yang aman dan damai malah saling menghormati. Rakyat Malaysia dapat hidup bersatu padu dan bekerjasama berdasarkan atas prinsip-prinsip  Rukun Negara. Perpaduan yang wujud ini mampu mengelakkan tragedi 13 Mei 1969 kerana rakyat Malaysia sedar akan pentingnya perpaduan bak kata pepatah “bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat”. Persoalannnya, apakah usaha-usaha mewujudkan perpaduan kaum di negara kita?

 Salah satu usaha mewujudkan perpaduan kaum di negara kita adalah peranan yang dimainkan oleh pihak sekolah. Rakyat harus menyokong cadangan mewujudkan satu sistem pendidikan berteraskan kebangsaan. Dengan adanya sistem pendidikan yang terbuka kepada setiap kaum dan penggunaan Bahasa Melayu sebagai bahasa penghantar, hal ini mampu membentuk elemen perpaduan dalam kalangan murid. Apabila murid berbilang kaum di peringkat awal didedahkan dengan kepelbagaian bangsa dan agama di sekolah rendah lagi, usaha untuk membentuk satu masyarakat berbilang kaum yang bersatu padu dapat dilakukan dengan lebih berkesan. Di sekolah, murid-murid yang berbilang kaum akan berinteraksi, bergaul , bermain dan sebagainya semasa melakukan aktiviti- aktiviti semasa P & P ataupun aktiviti kokurikulum. Dengan cara ini, generasi Malaysia yang lebih bersefahaman, bekerjasama dan bersatu padu mampu dilahirkan. Selain itu, menerusi sukatan pelajaran Bahasa Melayu, Sejarah dan Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan, sifat perpaduan kaum dapat dipupuk dalam kalangan murid. Jelasnya, generasi muda akan sedar akan peranan mereka untuk mengukuhkan perpaduan kaum menerusi peranan yang dimainkan oleh pihak sekolah.

 Selain itu, rumah terbuka yang diadakan pada hari perayaan dapat mewujudkan perpaduan kaum di negara kita. Rumah terbuka bermaksud satu perayaan agama yang disambut oleh penganut pelbagai agama dengan tujuan untuk memupuk persefahaman dalam kalangan rakyat Malaysia. Amalan kunjung-mengunjungi ketika merayakan Hari Raya Aildilfitri, Tahun Baru Cina, Deepavali dan Hari Natal dapat memupuk silaturahim dalam kalangan rakyat yang berbilang kaum. Semasa menghadiri rumah terbuka, rakyat Malaysia boleh mengenali adat resam setiap kaum dengan lebih mendalam sekali gus dapat menjana sikap bertimbang rasa dan saling menghormati antara satu sama lain. Setiap kaum yang ada di negara kita sedia menerima adat resam dan budaya kaum lain selain dapat menikmati juadah tradisional masyarakat mengikut kaum yang ada di Negara kita. Rakan-rakan yang datang berkunjung ke rumah kita bukan sahaja dapat mengeratkan hubungan sesama kaum tetapi juga dapat memeriahkan suasana rumah terbuka. Tegasnya, rumah terbuka yang diadakan pada setiap perayaan dapat memupuk perpaduan dalam kalangan anggota masyarakat.

 Di samping itu, perpaduan kaum dalam kalangan rakyat Malaysia dapat dipupuk menerusi aktiviti hari keluarga. Hari keluarga merupakan aktiviti yang sihat yang wajar menjadi kemestian sesebuah komuniti. Aktiviti hari keluarga boleh disertai oleh semua lapisan masyarakat dalam sesebuah taman atau komuniti untuk mengerattkan hubungan sesama kaum.Hari keluarga boleh diadakan pada hujung minggu dan boleh dijalankan di kawasan berhampiran tempat tinggal seperti di padang sekolah, taman rekreasi atau di sesebuah tempat perkelahan. Ibu bapa boleh membawa anak masing-masing dan menyertai aktiviti yang dijalankan. Secara tidak langsung, setiap ahli masyarakat dapat mengenali, dan berkomunikasi dengan jiran tetangga mereka yang selama ini hanya berpeluang untuk melihat muka tanpa berbual-bual ketika keluar rumah. Jelasnya, aktiviti hari keluarga yang dijalankan dapat mengeratkan perpaduan dan sekali gus menjayakan gagasan 1 Malaysia.

 Akhir sekali, perpaduan kaum dalam kalangan masyarakat dapat diwujudkan menerusi kepelbagaian kebudayaan. Kepelbagaian kaum dan budaya di Malaysia merupakan aspek yang penting untuk mewujudkan perpaduan. Walaupun terdiri daripada latar belakang yang berbeza, namun apabila dikaitkan dengan kebudayaan, semua rakyat boleh menerimanya tanpa wujud prasangka. Apabila diadakan sesuatu persembahan untuk meraikan hari kebesaran atau menerima kedatangan orang kenamaan, akan dipersembahkan tarian oleh pelbagai kaum seperti tarian Zapin dan tarian Inang oleh masyarakat Melayu. Tarian kipas, tarian singa dan tarian piring oleh masyaraat Cina, Tarian Bharatanatiam dan Tarian Kollattam oleh masyarakat India. Persembahan kebudayaan yang unik ini secara tidak langsung dapat menarik minat pelancong asing yang berkunjung ke negara ini. Tegasnya, kepelbagaian kebudayaan yang ada di negara kita dapat mewujudkan perpaduan kaum dan mengenali antara satu sama lain kerana tak kenal maka tak cinta.
 Kesimpulannya, usaha mewujudkan perpaduan kaum perlu diberi penekanan di negara kita kerana menjadi tonggak kesejahteraan 








BAB 5: ISU-ISU KEPERHATINAN NEGARA

ISU-ISU KEPERHATINAN NEGARA


5.1 Dasar Malaysia Tentang Hal Ehwal Serantau Dan Dunia

Pendahuluan

          Kesemua Negara di dunia mempraktikkan premis tersebut dalam penggubalan dasar luar hubunganya dengan Negara lain. Bagi Malaysia,amat penting agar usaha serta langkah yang kita ambil adalah berpandukan objektif menjamin keselamatan serta kemakmuran Negara dan juga menentukan keamanan di rantau Asia Tenggara terus berkekalan. Harus ditekankan bahawa kepentingan Negara kita sebenarnya amat meluas dan tidak hanya tertakluk kepada isu keamanan dan keselamatan semata-mata bahkan melibatakn juaga kegiatan ekonomi Negara.

          Menyedari betapa pentingnya Negara terus maju dan produktif,kerajaan mengamalkan dasar ekonomi terbuka dan bercorak antarabangsa. Sektor pembuatan merupakn tunggak utama ekonomi Negara dan kebanyakan barangan yang dihasilkan adalah untuk dieksport. Sebagai sebuah Negara dagang,Malaysia perlu menjalin hubungan baik dengan dunia luar.

          Kedaulatan Negara merupakan tunggak utama sistem perhubungan  antarabangsa. Oleh itu,pengendalian dasar luar Negara perlulah bercerminkan keadaaan yang sedemikian rupa. Justeru,Malaysia lantang menyuarakan idea di persada antarabangsa. Malaysai juga berkerjasama dengan Negara-negara dunia lain dalam usaha mengutarakan kedudukan kita berasaskan kepentingan Negara.



Objektif Dasar Luar Negara

Secara ringkas, Objektif-objektif dasar luar Negara antara lain adalah untuk menjaga, mempertahankan dan memajukan kepentingan Malaysia di arena antarabangsa. Mempertahankan prinsip menghormati kemerdekaan dan kedaulatan wilayah melalui dasar tidak campur tangan dalam hal ehwal dalaman Negara lain. Menangani perkembangan dan cabaran politik,ekonomi keselamatan dan sosial pada peringkat antarabangsa. Mempertahankan dan memajukan hak kepentingan dan inspirasi Malaysia dalam semua bidang. Memupuk hubungan baik serta meningkatkan kerjasama dengan negara-negara lain.


Peranan Kementerian Luar Negeri



          Kementerian luar negeri ialah sebuah agensi kerajaan yang diberi mandat dan tanggungjawab untuk mengendalikan hubungan luar Malaysia dengan Negara-negara asing. Ini merangkumi perkara-perkara berhubung dengan hubungan politik,hal ehwal keselamatan serta promosi sosial dan kebudayaan. Kementerian ini dipertanggungjawabkan untuk menepati objektif-objektif tersebut,menguruskan hubungan dua hala,hubungan serantau dan pelbagai hala dengan Negara-negara asing dan pertubuhan-pertubuhan antarabangsa. Hubungan ini merangkumi bidang politik,ekonomi dan kebudayaan. Mempromosi pelaburan dan perdagangan dengan Negara-negara asing. Mengendalikan aktiviti-aktiviti sokongan termasuk perkhidmatan,pentadbiran am,kewangan,kaunselor,keselamatan dan komunikasi.

          Misi kementerian luar negeri adalah melindungi dan memajukan kepentingan Malaysia dan menyumbang ke arah suatu komuniti antarabangsa yang adil dan saksama melalui amalan diplomasi proaktif.



ASEAN






 5.1.1  Peranan ASEAN

          ASEAN telah ditubuhkan pada 8 Ogos 1967, apabila beberapa buah negara termasuk Malaysia menandatangani deklarasi penubuhan Asean di Bangkok. Pengisytiharan ini telah ditandatangani oleh Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Tun Abdul Razak Hussein, Menteri Luar Indonesia, Dr. Adam Malik, Menteri Luar Thai, Thanat Khoman, Setiausaha Luar Filipina, Narciso Ramos, dan Menteri Luar Singapura, S.Rajaratnam. Pada dasarnya, Asean mempunyai matlamat yang sama dengan ASA. Ia bertujuan untuk mewujudkan kerjasama yang lebih erat di kalangan Negara anggota dalam bidang ekonomi dan lain-lain. Namun peranan Asean telah berkembang lebih daripada itu. Hubungan diplomatik yang pada asalnya hanya melibatkan tiga buah Negara dalam ASA kini telah berkembang menjadi 10 buah Negara.

          Pada tahun 1984, keanggotaan ASEAN telah bertambah dengan kemasukan negara Brunei Darul Salam pda 7 Januari 1984, Vietnam pada 28 Jualai 1995, Laos dan Myanmar pada 23 Julai 1997 dan akhir sekali Kemboja sebagai ahli ASEAN yang terakhir telah memenuhi misi penubuhan ASEAN pada tahun 1967 di Bangkok iaitu mahu menjadikan ASEAN 10 berjaya dan seterusnya membawa negara-negara di Asia Tenggara kepada satu era yang lebih maju dari segi sosio-ekonomi, politik dan keselamatan serantau.

Walaupun matlamat awal penubuhan ASEAN ialah untuk meningkatkan kerjasama dalam bidang sosial dan ekonomi namun sejak awal penubuhan ASEAN iaitu pada tahun 1967 sehingga tahun 1974 banyak menyentuh tentang bentuk rundingan dan juga kerjasama serantau terutama dalam persoalan politik serantau. Dengan kejatuhan Vietnam Selatan kepada komunis pda tahun 1975 dan diiikuti dengan pencerobohan terhadap kemboja pada tahun 1978 merupakan cabaran yang besar terhadap ASEAN untuk mengorak langkah dalam menangani masalah ini. Oleh itu, satu persidangan di antara ketua-ketua negara ASEAN buat pertama kalinya telah diadakan di Bali, Indonesia pada bulan Februari 1976.


Pertemuan pertama selepas sembilan tahun penubuhan ini telah berjaya menghasilkan dua dokumen yang berkaitan iaitu Perjanjian Persahabatan dan Kerjasama di Asia Tenggara dan Deklarasi Kerukunan ASEAN. Kedua-dua kesetiaan ini adalah memberi tumpuan kepada kestabilan politik serantau seperti usaha membendung ancaman komunis , campurtangan kuasa-kuasa luar selain daripada  menyelesaikan masalah dalaman ASEAN sendiri.  Dengan menwujudkan beberapa kerjasama politik ASEAN seperti pelancaran konsep ZOPFAN, ARF dan Keselamatan serantau menyebabkan negara ASEAN terselamat dari pencabulan hak oleh negara dunia pertama.

Semasa Tun Abdullah Ahmad Badawi menjawat jawatan perdana menteri, beliau telah menggariskan tiga pendekatan baharu Malaysia bagi meningkatkan kerjasama ekonomi dengan ASEAN secara lebih berkesan supaya dapat menjamin rantau ini kekal dinamik dan terus menarik di Sidang Kemuncak ASEAN di Laos tak lama dulu. Tiga pendekatan itu adalah menruskan integrasi ekonomi secara meluas, mengembangkan rangkaian dengan Negara-negara rakan dagang, mempromosikan inisiatif pembangunan serantau.













5.1.2 Peranan Pertubuhan Negara-Negara Islam (OIC)

          Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) ditubuhkan pada 25 September 1969 (12 Rejab 1389H) bersempena Persidangan Dunia Islam pertama di Rabat, ibu negara Maghribi ketika memuncaknya serangan ganas terhadap Masjid Al-Aqsa oleh puak  Zionis. Tindakan biadab puak Zionis itu mendorong para pemimpin Islam menubuhkan sebuah pertubuhan antarabangsa bagi memperjuangkan kepentingan umat Islam dalam segenap bidang di seluruh dunia.

          Matlamat utama OIC adalah  untuk menggalakkan keeratan antara ahli negara-negara Islam  bagi menyelaras kerjasama antara negara ahli dalam bidang ekonomi, sosial, budaya, saintifik, dan bidang-bidang lain bagi berusaha untuk menghapuskan perbezaan rasial dan diskriminasi dan menentang kolonial dalam semua bentuk dan  untuk menyokong semua Muslim dalam usaha mereka mempertahankan maruah, kebebasan dan hak negara, membina jambatan antara jurang perbezaan budaya dunia.

   
Peranan Malaysia dalam OIC

          Tunku Abdul Rahman menjadi Setiausaha Agung OIC yang pertama. Malaysia juga menjadi perantara menyelesaikan perang Iran-Iraq.Sumbangan Malysia seperti memberi sokongan kepada Palestin dalam perjuangan menentang Israel. Malaysia diberi kepercayaan menjadi tuan rumah persidangan OIC. Menganjurkan persidangan menentang pengganas di kalangan negara Islam. Memberi tawaran biasiswa kepada pelajar OIC untuk belajar di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM). Mengesyorkan penggunaan dinar emas di kalangan negara Islam dalam urusan perdagangan.

Pinjaman daripada Bank Pembangunan Islam sangat berguna bagi melaksanakan projek-projek pembangunan untuk kepentingan rakyat. OIC memberikan bantuan kepada Malaysia untuk menubuhkan UIAM. Malaysia mendapat penghormatan daripada negara-negara anggota kerana amat serius memperjuangkan hak dan kebajikan negara-negara Islam.











5.1.3 Peranan KOMENWEL

Pertubuhan Negara-negara Bekas Jajahan British (KOMENWEL)

Pertubuhan ini dibentuk pada tahun 1931. Pertubuhan ini dianggotai oleh  negara bekas tanah jajahan Britain yang merdeka. Anggota pertubuhan ini diantara 54 negara maju dan negara sedang membangun. Sekretariat Komanwel ditubuhkan pada tahun 1965, manakala  beribu pejabat ditubuhkan di London.Pertubuhan ini dapat  membina semangat setia kawan dan mewujudkan kerjasama dalam pelbagai bidang. Selepas merdeka, negara Komawel membantu Malaysia memelihara keamanan dan kedaulatan negara menyekat perjuangan PKM. Secara rasminya, perjanjian pertahanan dengan Britain, Australia dan New Zealand, Negara-negara ini menjanjikan bantuan jika diserang oleh mana-mana pihak. Malaysia juga telah mendapat sokongan oleh Negara-negara maju dalam Komanwel umpamanya pemberian status Skim Keutamaan Am (GSP) bagi barang Malaysia. Dengan adanya skim ini, cukai barangan Malaysia akan direndahkan dan secara tidak lansung akan meningkatkan persaingan barangan Malaysia dengan barangan Negara lain di pasaran luar.












 5.1.4 Peranan NAM

          Matlamat NAM ialah Mengekalkan keamanan dunia. Nam Tidak menyokong blok barat atau blok komunis. Nam juga Mengelak campur tangan asing dalam hal ehwal sesebuah Negara. Menyelesaikan sebarang pertelingkahan antara negara melalui perundingan dan persefahaman.
Nam menghormati hak asasi manusia. Nam Membela kepentingan negara sedang membangun.

 Nam juga Membela isu Palestin. NAM juga melaksanakan kerjasama ekonomi. Matlamat lain ialah membincangkan isu Antartika dan Cadangan menghapuskan dasar apartheid di Afrika Selatan. Pada bulan Februari, Malaysia diberi penghormatan menjadi tuan rumah persidangan. Malaysia kini ialah Pengerusi Sidang Kemuncak NAM ke-13 sehingga tahun 2006 dengan 114 buah negara anggota, iaitu 2/3 daripada jumlah keanggotaan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB).


Peranan Malaysia Dalam NAM

          Dalam Sidang Kemuncak Ketujuh di New Delhi 1987, Malaysia telah membuat beberapa usul bagi menjaga kepentingan negara-negara sedang membangun. Mereka membincangkan isu Palestin, kerjasama ekonomi dan isu Benua Antartika. Dalam Sidang Kemuncak Kelapan di Harare(Zimbabwe) 1988, Malaysia mengemukakan cadangan penghapusan dasar Apartheid di Afrika Selatan. Malaysia diberi penghormatan sebagai Naib Presiden dalam Sidang Kemuncak NAM di Belgrade. Malaysia dilantik sebagai ahli Kumpulan 16 yang membincangkan isu kerjasama politik negara anggota.

Malaysia menjadi tuan rumah kepada sidang kemuncak NAM yang ke -13 pada tahun 2003.Antara sumbangan yang terbesar  Malaysia sumbangkan ialah membawa masuk Timur Leste dan Pulau Catalina  ke dalam NAM. Deklarasi Kuala Lumpur  menegaskan tentang usaha menghidupkan NAM dan pernyataan bersama tentang kedudukan Palestin dan serangan Amerika Syarikat terhadap Iraq.









BAB 4: PEMBANGUNAN NEGARA

BAB 4: PEMBANGUNAN NEGARA

Rancangan Malaysia merupakan rancangan lima tahun pembangunan kerajaan Malaysia. Rancangan lima tahun ini merupakan kesan peninggalan daripada zaman pemerintah British di Tanah Melayu selepas Perang Dunia Kedua. Rancangan lima tahun bermula dengan Rancangan Malaya Pertama, iaitu, dari tahun 1956 hingga 1960. Selepas itu disambung dengan Rancangan Malaya Kedua dari tahun 1961 hingga 1965.

Setelah penubuhan Malaysia pada tahun 1963, rancangan lima tahun ini telah ditukar kepada Rancangan Malaysia (RM) dengan Rancangan Malaysia Pertama bermula pada tahun 1966 hingga 1970. Bezanya ialah perancangan ekonomi sebelumn tertubuhnya Malaysia, tumpuan untuk kali ini dan seterusnya adalah untuk seluruh Malaysia termasukSabah dan Sarawak.



RANCANGAN MALAYA PERTAMA


 Rancangan Malaya Pertama (1956 – 1960) ialah rancangan pembangunan ekonomi pertama yang dirangka kerajaan Persekutuan Tanah Melayu (Malaya). Melalui rancangan 5 tahun ini, pembangunan negara menjadi sistematik dan teratur selepas merdeka. Rancangan ini diikuti oleh Rancangan Malaya Kedua.
Rancangan Malaya Pertama dilaksanakan dengan matlamat utama:
  1. Memajukan sektor luar bandar
  2. Mempelbagaikan sumber negara supaya tidak terlalu bergantung pada sektor ekonomi.
Dua buah agensi kerajaan telah ditubuhkan iaitu;
  1. Rural & Industrial Development Authority (RIDA) - 1953
  2. Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA)
Pengurusan RIDA (kemudiannya MARA) dan FELDA diletakkan di bawah kementerian Pembangunan Negara dan Luar Bandar.



RANCANGAN MALAYA KEDUA



Rancangan Malaya Kedua (RMK) mempunyai matlamat dan tujuan yang sama seperti Rancangan Malaya Pertama iaitu memajukan penduduk luar bandar untuk merapatkan jurang perbezaan antara kawasan bandar dan luar bandar.
Matlamat RMK adalah:
  1. meningkatkan taraf hidup penduduk luar bandar
  2. menggalak kepelbagaian tanaman pertanian dan kegiatan perusahaan di luar bandar
  3. menyedia lebih banyak kemudahan sosial untuk kawasan luar bandar
  4. menambah peluang pekerjaan.
  5. mengurangkan pergantungan kepada makanan import.
 Strategi pelaksanaan Rancangan Melaya Kedua ialah:

  • merancang pembangunan ekonomi dengan menyediakan kemudahan asas.
  • membuka lebih banyak tanah untuk pertanian dan penempatan semula.
  • menggiatkan pemasaran bagi hasil pertanian dan nelayan.
  • meningkatkan taraf hidup penduduk luar bandar dengan menyediakan peluang pekerjaan.
  • menambahkan kemampuan merancang oleh FELDA dengan menjalankan projek Johor Tenggara dan Projek Segitiga Jengka di Pahang.
  • menubuhkan Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA).

RANCANGAN MALAYSIA PERTAMA



Rancangan Malaysia Pertama (RMK1) adalah rancangan pembangunan ekonomi yang pertama dilaksanakan sesudah tertubuhnya Malaysia. Rancangan pembangunan ekonomi selama lima tahun (1966–1970) ini membabitkan seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak. Objektif RMK1 adalah untuk menjaga kebajikan seluruh rakyat, dan meninggikan taraf hidup kawasan luar bandar terutamanya di kalangan mereka yang berpendapatan rendah.

Rancangan ini mempunyai objektif seperti:

  • memajukan ekonomi seluruh negara demi kebajikan rakyat dan seterusnya mengeratkan perpaduan rakyat.
  • meningkatkan pendapatan penduduk yang miskin.
  • membangunkan ekonomi luar bandar.
  • mempertingkatkan lagi usaha ke arah mempelbagaikan ekonomi negara.
  • mengurangkan pengangguran.
  • memajukan sektor perindustrian.

Tumpuan kepada sektor pertanian dan pembangunan luar 

bandar


Antara tumpuan khusus RMK1 adalah memajukan sektor pertanian untuk memperkaiki sosio ekonomi penduduk luar bandar. Sejumlah RM450 juta diperuntukkan dengan 25% daripadanya untuk pembangunan luar bandar dan pertanian.


FELDA, agensi yang ditubuhkan untuk membangunkan sosio ekonomi penduduk luar bandar, telah membuka banyak projek tanah sehingga tahun 1966 antaranya Segitiga Jengka di Pahang, Projek Pahang Tenggara dan Projek Johor Tenggara. Projek-projek ini berjaya meningkatkan taraf hidup para petani serta menambah peluang pekerjaan dan mengurangkan pengangguran di luar bandar.

Antara agensi yang ditubuhkan sepanjang RMK1 adalah:

FELCRA ditubuhkan pada tahun 1966 untuk memulih dan memajukan projek tanah kerajaan.
MARDI ditubuhkan pada tahun 1969 untuk membuat penyelidikan tentang pemasaran dan pengeluaran hasil tanaman kecuali getah.
Di bawah RMK1, tanaman-tanaman seperti kelapa sawit, koko dan tebu telah ditanam dengan lebih luas lagi.


Pembangunan industri dan masyarakat pedagang bumiputera


RMK1 menyaksikan penubuhan Majlis Amanah Rakyat (MARA) (distruktur semula dari Rural Industrial Development Authority atau RIDA) yang ditugaskan bagi memajukan, menggalakkan, memudahkan serta menjalankan pembangunan pendidikan, ekonomi dan kemasyarakatan dalam persekutuan dan khususnya dalam kawasan-kawasan luar bandar. Dengan tertubuhnya MARA, pedagang dan pengusaha bumiputera boleh mendapat bantuan kewangan dengan lebih mudah selain daripada institusi kewangan lain seperti bank.

Kerajaan juga meningkatkan kemudahan pengangkutan dan perhubungan serta mewujudkan lebih banyak kawasan industri seperti Tampoi, Petaling Jaya, Batu Tiga, Prai di Semenanjung Malaysia dan Bintawa di Sarawak; serta Likas dan Kepayan di Sabah


RANCANGAN MALAYSI KEDUA DAN KETIKA



Rancangan Malaysia Kedua (RMK2) (1971 - 1975) merupakan satu rancangan pembangunan ekonomi yang diperkenalkan oleh kerajaan Malaysia dengan sasaran melaksanakan Dasar Ekonomi Baru (DEB). Tujuan rancangan ini diwujudkan adalah untuk menyusun semula masyarakat dan mengurangkan penguasaan kaum Cina dan orang-orang asing dalam sektor ekonomi di Malaysia sekaligus memperbaiki kedudukan ekonomi orang-orang Melayu.[1]

RMK2 menggantikan Rancangan Malaysia Pertama (RMP) yang mempunyai tujuan sama iaitu menangani masalah kemiskinan di kalangan orang-orang Melayu. Namun begitu, RMP dilihat kurang berjaya mengatasi isu kemiskinan ini, sehinggakan masalah ini menjadi salah satu penyebab berlakunya Peristiwa 13 Mei pada tahun 1969 apabila rusuhan kaum tercetus di Kuala Lumpur.

Pelaksanaan RMK2 dilihat oleh sesetengah golongan sebagai berlebih-lebihan dalam usahanya meningkatkan penglibatan orang-orang Melayu di dalam ekonomi. Kerajaan kemudiannya mengurangkan penekanan terhadap penstrukturan semula sosio-ekonomi apabila rancangan ini berakhir.

Di Bawah RMK 2 dan RMK 3
·       
  •  Melaksanakan pembukaan tanah secara besar-besaran oleh KEJORA, KETENGAH, DARA dan KESEDAR.
  •  Menumpukan kepada penanaman getah dan kelapa sawit.   Memperluaskan peranan agensi pembangunan wilayah
  • Memberi tumpuan dalam sektor pembangunan industri dan pembangunan bandar baru



RANCANGAN MALAYSIA KEEMPAT


. Rancangan Malaysia Keempat (RMK4) adalah rancangan pembangunan lima tahun Malaysia dari 1981 sehingga 1985. RMK4 masih bertunjangkan Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang mempunyai matlamat membasmi kemiskinan dan menyusun semula masyarakat.

Strategi di bawah RMK4 untuk membangun sosio ekonomi rakyat adalah:

  • menggunakan dengan lebih berkesan modal, tenaga manusia, teknologi dan sumber lain dalam Malaysia
  • mempelbagai dan mengukuhkan ekonomi melalui peluang-peluang pasaran luar dan dalam negeri
  • meningkatkan daya pengeluaran rakyat dalam semua sektor
  • membuka dan memulih tanah untuk meningkatkan taraf hidup petani dan bidang pertanian
  • mengurangkan jurang perbezaan pendapatan dan pekerjaan kaum
  • menggalak penguasaan modal saham kepada 70% untuk rakyat Malaysia
  • memastikan pembangunan industri
  • Kerajaan Malaysia memperuntukkan hampir RM59.6 bilion untuk RMK4 di mana 58% daripada jumlah dibelanjakan untuk pembangunan sektor ekonomi.

RANCANGAN MALAYSIA KELIMA



Rancangan Malaysia Kelima (RMK5) (1986-1990) merupakan rancangan lima tahun ekonomi yang terakhir untuk merealisasikan aspirasi Dasar Ekonomi Baru yang genap 20 tahun pada tahun 1990. Penekanan utama Rancangan Malaysia Kelima adalah untuk meningkatkan sektor perindustrian dengan melonggarkan peraturan mengawal hak milik syarikat dan perlesenan dalam sektor swasta. Selain itu, syarat pelaburan modal asing dilonggarkan untuk meningkatkan pelaburan sektor perindustrian berorientasikan eksport. Pada masa yang sama, kerajaan berusaha meningkatkan kecekapan pengurusan agensinya agar dapat bekerjasama dengan sektor swasta dengan lebih berkesan.


      Di Bawah RMK 5
·         Meningkatkan sektor perindustrian
                Melonggarkan peraturan syarikat dan perlesenan dalam sektor swasta.
·         Meningkatkan pelaburan dalam sektor perindustrian berorientasikan eksport
        Melonggarkan syarat pelaburan asing.
·         Meningkatkan kecekapan sektor kerajaan
        agar dapat bekerjasama dengan sektor swasta.
·         Meneruskan pembangunan kawasan luar bandar
Menitikberatkan penggunaan tanah secara cekap.
·         Menggalakkan industri desa seperti industri kraftangan.
·         Memperluaskan kemudahan kredit dan insentif
Pinjaman melalui Bank Pertanian Malaysia dan  Amanah Ikhtiar Malaysia.

RANCANGAN MALAYSIA KEENAM




Rancangan Malaysia Keenam (RMK-6) yang meliputi tempoh 1991-1995, merupakan fasa pertama pelaksanaan Rangka Rancangan Jangka Panjang Kedua (RRJP2), 1991-2000. Dasar Pembangunan Nasional (DPN) yang terkandung dalam RRJP2 menetapkan keseluruhan objektif, strategi dan matlamat yang akan dijadikan panduan kepada pembangunan negara dalam tahun- tahun sembilan puluhan. RMK-6 menjelaskan strategi, program dan projek yang akan dibentuk bagi mencapai objektif DPN.

Teras utama RMK-6 ialah untuk mengekalkan pertumbuhan ekonomi di tahap yang tinggi dan menguruskannya dengan berkesan bagi mencapai pembangunan ekonomi yang lebih seimbang. Penekanan kepada ‘pembangunan seimbang’ adalah berdasarkan kepada kesedaran bahawa sungguhpun terdapat
kemajuan dalam pertumbuhan ekonomi dan pengagihan, pertumbuhan yang mantap memerlukan asas ekonomi yang lebih luas.

Strategi pembangunan seimbang merangkumi dasar-dasar untuk mempelbagaikan asas perindustrian, meningkatkan pembangunan sumber manusia, menggalakkan peningkatan teknologi dan mengurangkan ketidakseimbangan struktur di antara sektor dan antara wilayah di negara ini. Jumlah peruntukan keseluruhan bagi rancangan ini adalah $104 bilion iaitu 56.8% untuk sektor ekonomi, 24.5% untuk sektor sosial, 15.35% untuk sektor pertahanan dan 3.4% untuk sektor pentadbiran.



RANCANGAN MALAYSIA KETUJUH


RMK-7 dilaksanakan antara tahun 1996 - 2000, meliputi fasa kedua RRJP2. RMK-7 disedia berasaskan kejayaan pelaksanaan Rancangan Malaysia Keenam, dan bertujuan membawa negara ke abad ke 21 secara berkesan. Rancangan ini dirangka berasaskan strategi-strategi baru bagi menangani cabaran dan perubahan yang akan dihadapi oleh masyarakat dan ekonomi.

RMK-7 mengekalkan penekanan kepada konsep pembangunan seimbang sebagaimana di dalam DPN. Rancangan cuba mempastikan hasil pertumbuhan ekonomi diagihkan secara saksama kepada semua kumpulan etnik. Antara strategi baru yang dilaksanakan adalah seperti strategi pertumbuhan ekonomi yang didorong oleh pelaburan atau input yang diutamakan dalam rancangan terdahulu kepada strategi pertumbuhan didorong oleh produktiviti. Selain itu, peralihan juga akan dibuat kepada pengeluaran berskala besar bagi eksport oleh industri-industri Malaysia.



RMK-7 juga menekankan kepentingan sumber manusia dengan menambah bidang latihan dan pendidikan. Strategi baru juga dilaksanakan untuk memperkayakan sains dan teknologi. Selain itu, seperti dalam rancangan terdahulu RMK-7 juga menekankan peranan sektor swasta dalam menyumbangkan pertumbuhan ekonomi negara. Walaupun RMK-7 dilancarkan pada saat ekonomi sedang berkembang pesat (1996), namun sepanjang perlaksanaannya rancangan ini akan dikenang kerana telah menghadapi tempoh sukar ekoran kelembapan ekonomi terutama pada tahun 1998.



Rancangan ekonomi terjejas akibat krisis kewangan yang bermula pada Julai 1997. Kerajaan telah mengambil beberapa langkah untuk mempastikan ekonomi negara, juga kestabilan negara tidak terus terjejas seperti penubuhan Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN) pada 7 Januari 1998 dan Pelan Pemulihan Ekonomi Negara (PPEN) pada 23 Julai 1998.akian Ke Puncak Emas

Teras RMK-7 adalah untuk meningkatkan pertumbuhan potensi keluaran, memesatkan peralihan struktur dan pembangunan yang seimbang. Dengan

persaingan yang lebih besar daripada ekonomi yang baru muncul bagi mendapatkan sumber modal manakala buruh pula semakin berkurangan, tumpuan RMK-7 adalah untuk mempercepatkan peningkatan produktiviti dan kecekapan terutamanya melalui inisiatif sektor swasta. Penekanan yang khusus akan diberi kepada usaha meningkatkan kemahiran, mendalamkan modal dan membangunkan teknologi. Aspek yang penting adalah meningkatkan kecekapan dan produktiviti penggunaan sumber yang akan memperkukuhkan daya saingan negara.


RANCANGAN MALAYSIA KELAPAN


Rancangan Malaysia Kelapan (RMK-8) yang meliputi tempoh 2001 – 2005 merupakan fasa pertama pelaksanaan Rangka RancanganJangka Panjang Ketiga (RRJP3), 2001 – 2010. Dasar Wawasan Negara (DWN) yang juga terkandung dalam RRJP3 menentukan arah pembangunan negara dalam dekad pertama abad ke-21.
RMK-8 menggabungkan strategi, program dan projek yang dirangka bagi mencapai objektif DWN, iaitu pertumbuhan mapan dan pengukuhan daya tahan ekonomi serta mewujudkan masyarakat yang bersatu padu dan saksama. Dasar dan strategi dalam tempoh RMKe-8 memberi tumpuan untuk mencapai pertumbuhan mapan dengan berdaya tahan.

Teras RMK-8 adalah mengubah strategi pertumbuhan daripada strategi yang didorong oleh input kepada strategi yang didorong oleh pengetahuan. RMK-8 akan memberi lebih tumpuan kepada inisiatif sektor swasta sementara sektor awam akan menyediakan rangka dasar institusi yang kondusif serta perkhidmatan berkualiti bagi membantu pembangunan sektor swasta. Dalam usaha meningkatkan daya saing negara, penekanan khusus akan diberi bagi meningkatkan produktiviti dan kecekapan menerusi pembangunan sumber manusia, peningkatan aktiviti dan P&P serta penggunaan teknologi terkini terutamanya ICT.




RANCANGAN MALAYSIA KESEMBILAN




. Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK9) merupakan rancangan pembangunan Malaysia bagi tempoh 2006-2010. RMK9 dibentangkan oleh Perdana Menteri Malaysia kelima, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, di Parlimen pada 31 Mac 2006.
Rancangan pembangunan lima tahun ini diumumkan setelah Malaysia melalui fasa 15 tahun pertama semenjak Wawasan 2020 diumumkan oleh Perdana Menteri ketika itu, Dr Mahathir Mohamad semasa membentangkan Rancangan Malaysia Keenam pada tahun 1991. Seperti rancangan-rancangan pembangunan dahulu, RMK9 bermatlamat untuk terus memacu negara ke arah kemakmuran walaupun Malaysia menghadapi persekitaran dalam dan luar negara yang sukar seperti kesan dari krisis kewangan Asia dan kenaikan harga minyak[1].
RMK9 mempunyai 5 teras utama iaitu:
  1. Meningkatkan ekonomi dalam rantaian nilai lebih tinggi
  2. Meningkatkan keupayaan pengetahuan dan inovasi negara serta memupuk minda kelas pertama
  3. Menangani masalah ketidakseimbangan sosioekonomi yg berterusan secara membina dan produktif
  4. Meningkatkan tahap dan kemampanan kualiti hidup
  5. Mengukuhkan keupayaan institusi dan pelaksanaan

 RANCANGAN MALASIA KESEPULUH


Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMK10) merupakan rancangan lima tahun pembangunan Malaysia bagi tempoh 2011-2015. RMK10 dibentangkan oleh Perdana Menteri Malaysia ke-6, Datuk Seri Najib Razak, di Parlimen pada 10 Jun 2010.

Menurut Najib, RMK10 mengandungi aspirasi Program Transformasi Kerajaan dan Model Ekonomi Baru yang berteraskan pendapatan tinggi, keterangkuman dan kemampanan.
RMK10 menggariskan lima teras strategik ke arah mencapai status negara berpendapatan tinggi dan maju menjelang 2020. Lima teras ini adalah:

Meningkatkan nilai tambah dalam ekonomi negara
Meningkatkan keupayaan pengetahuan dan inovasi serta memupuk minda kelas pertama
Menangani ketidaksamaan sosioekonomi yang berterusan
Meningkatkan tahap dan kemampanan kualiti hidup
Mengukuhkan keupayaan institusi dan pelaksanaan negara

DASAR DASAR UTAMA MALAYSIA


DASAR KEBUDAYAAN KEBANGSAAN

Dasar Kebudayaan Kebangsaan diperkenalkan pada 1971 di Malaysia, lahir daripada gagasan Kongres Kebudayaan Kebangsaan anjuran Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan. Dasar ini bertujuan dijadikan panduan dalam membentuk dan mengekalkan identiti negara Malaysia. Objektif dasar ini adalah untuk memperkukuh perpaduan melalui kebudayaan serta memupuk dan memelihara keperibadian kebangsaan, berteraskan budaya penduduk asli (Melayu) dan agama Islam.[1
Pendekatan ini kemudian digantikan dengan dasar Bangsa Malaysia oleh Mahathir selepas beliau menjadi Perdana Menteri.


DASAR BELIA NEGARA


Pada hari ini 13.12.1985, Dasar Belia Negara yang matlamat akhirnya membina belia untuk kesejahteraan negara diumumkan oleh Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan Datuk Dr. Sulaiman Haji Daud. Dasar Belia Negara telah dirancang sejak 13 tahun lalu. Ianya telah menjadi kenyataan bila mana Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan dengan Kerjasama Kementerian yang lain, Majlis Belia Malaysia, Majlis Perpaduan Belia Negara dan Institusi-institusi Pengajian Tinggi serta orang-orang perseorangan berganding tenaga dan fikiran menggubal dasar yang penting ini. Dasar Belia ini diwujudkan atas kesedaran bahawa 47% penduduk negara adalah terdiri daripada golongan belia. Dengan jumlah mereka yang ramai ini Kerajaan menyedari para belia boleh menjadi 'force' yang penting dan sumber utama tenaga dan 'asset' yang penting dalam pembangunan negara. Dalam dasar ini dinyatakan pembangunan belia hendaklah berasaskan prinsip-prinsip berikut:-

  • Mengamalkan prinsip-prinsip Rukun Negara.
  • Mempunyai Semangat Perpaduan dan kesukarelaan dan mengamalkan prinsip autonomi.
  • Mempunyai sifat-sifat kepimpinan yang matang dan bertanggungjawab
  • Menggalakkan penyertaan dalam proses perancangan negara.
  • Mempunyai moral yang tinggi dan sikap yang mementingkan kesihatan dan kecergasan diri.
  • Mempunyai taraf keilmuan yang luas dan mendalam.

Datuk Dr. Sulaiman Daud di dalam kenyataannya melahirkan harapan agar Dasar ini dapat membentuk generasi belia yang sempurna, terancang dan bersatu padu. Juga diharapkan Dasar Belia Negara yang diumumkan pada hari ini dalam tahun 1985 menjadi garis panduan yang seragam dan menyeluruh untuk Kementerian Kebudayaan Belia dan Sukan juga pertubuhan belia yang lain dalam mengadakan programnya bagi matlamat pembangunan belia dan cita-cita negara.



 DASAR INTERGRITI NASIONAL


Pelan Integriti Nasional adalah satu pelan atau rancangan yang dirancangkan serta dilancarkan oleh kerajaan Malaysia dengan fokus utamanya untuk menanam dan memupuk budaya etika dan integriti di kalangan semua lapisan masyarakat Malaysia.

Budaya etika dan integriti ini adalah amat penting dalam mana-mana organisasi kerana ia memastikan perlaksanaan apa jua program serta matlamat dicapai dengan baik serta beretika.

Pelan ini membolehkan Kerajaan merancang pelbagai program secara teratur dalam usaha membudayakan etika dan integriti masyarakat. Sebelum ini telah terdapat pelbagai usaha yang dilakukan, tetapi didapati usaha-usaha ini tidak tekal dan tidak menyeluruh dan hasilnya sebilangan besar usaha-usaha ini menemui kegagalan terutamanya dalam usaha mewujudkan sinergi semua sektor. Ini mungkin disebabkan terdapat halangan-halangan seperti sikap individu, kepimpinan sesebuah organisasi, sistem penyampaian atau karenah birokrasi, serta disiplin dan budaya masyarakat itu sendiri dalam melaksanakan satu-satu program.

Skop dan konsep yang dibawa oleh PIN kelihatannya lebih menyeluruh dan holistik dalam memberi panduan kepada setiap komponen masyarakat untuk membudayakan integriti.

Pelan Integriti Nasional ini telah dilancarkan pada 23 April 2004, oleh Y.A.B. Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, selaras dengan cabaran keempat Wawasan 2020 iaitu untuk membentuk sebuah masyarakat yang kukuh ciri-ciri moral dan etikanya, dengan para warganya mempunyai nilai keagamaan dan kerohanian yang utuh, dan ditunjangi oleh budi pekerti yang luhur.